KOTA BHARU: Pembinaan lebuh raya Machang - Kuala Krai yang diurus kerajaan negeri berjalan lancar selepas dilantik kontraktor baharu.
Kerja-kerja pembinaan bermula dari Berangan Mek Nab ke Bukit Bakar sejauh 10 kilometer (km) sedang rancak dijalankan sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata kerajaan negeri melantik syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd meneruskan pembinaan lebuh raya tersebut.
Katanya, pelantikan itu dibuat Ogos tahun lepas menggantikan Kelkon Sdn Bhd.
Difahamkan Kelkon anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan menarik diri disebabkan masalah kewangan bagi membiayai projek tersebut.
Pada 2014 kerajaan negeri merancang membina lebuh raya rakyat sepanjang 30.5 km dari Machang ke Kuala Krai.
Bagaimanapun kerajaan pusat dikatakan bersetuju mengambil alih sebahagian daripada pakej tersebut.
Hanifa juga berkata kerja-kerja membaik pulih semula jalan yang sudah disodok dilakukan berikutan hujan lebat akhir tahun lalu.
“Ada tanah yang ditimbun runtuh menyebabkan kerja-kerja membaikinya dilakukan sekarang,” ujarnya.
Sumber: Harakah Daily | 14 Jan. 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan