Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 22 Februari 2017

Kuala Lumpur is top 10 cities of the world

A tourist takes a selfie atop The Peak, Hong Kong's most popular tourist attraction. Photo: AFP
BANGKOK bumped London to become the second most-visited city in 2015 while Hong Kong, despite registering lower arrival numbers than the preceding period, maintained its stronghold as the top city destination in the world. Those are among some of the conclusions out of a new report from international market research group Euromonitor, which looked at the final incoming travel data for the year 2015 to compile their “Top 100 Cities Destinations Ranking”.

Throughout 2015, Hong Kong received 26.7 million international visitors, bagging the title of most-visited city for the seventh consecutive year. That’s even after experiencing a 4% dip in visits that year.

Meanwhile, Hong Kong’s loss appears to have been Bangkok’s gain in 2015, as the Thai capital saw a 10% growth in arrivals, nudging the city into second spot past London.

That doesn’t mean the numbers for London were bad. International arrivals to the British capital also rose 7% in 2015 compared to the previous year.

The city also remained the top European city destination, outpacing its nearest rival Paris which suffered the Charlie Hebdo terrorist attacks earlier that year.

Researchers also noted the impressive growth of Japanese cities – Osaka leapfrogged an impressive 27 spots and cracked the top 100 list for the first time landing in 55th place, while Kyoto also rose 11 spots.

The city that is considered the birthplace of geisha culture and home to more than 1,000 Buddhist temples and Shinto shrines, also got a boost by Travel + Leisure magazine, which named Kyoto the world’s best city of 2015 in the summer, based on reader votes. Tokyo jumped six places to rank 17th.

In the Americas, New York was the most popular destination throughout 2015, while Peru got a 9% boost in visitors thanks to its growing reputation as a culinary destination.

Rounding up a strong showing from South-East Asian cities, Kuala Lumpur came in at 10th!

And in the Middle East, Dubai was the top performer, recording an 8% increase in international arrivals.

Here are the world’s top 10 cities for 2015:-
  1. Hong Kong
  2. Bangkok, Thailand
  3. London, Britain
  4. Singapore
  5. Paris, France
  6. Macau
  7. Dubai, United Arab Emirates
  8. Istanbul,Turkey
  9. New York,United States
  10. Kuala Lumpur, Malaysia 
Source: AFP Relaxnews / www.star2.com | 22 Feb. 2017

Jumaat, 17 Februari 2017

Peserta trak makanan di Dataran Kota Sultan Ismail Petra raih hasil jualan RM2,000 dalam masa 4 jam

Wan Mohd. Asrul Wan Ahmad (kiri) melayan pelanggannya di tapak jualan Food Truck in The Park di Dataran Kota Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, kelmarin.
KOTA BHARU: Usahawan muda yang menyertai program Food Truck in The Park kelolaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengakui mereka mampu meraih hasil jualan sehingga RM2,000 dalam tempoh kurang empat jam.

Peniaga sate, Wan Mohd. Asrul Wan Ahmad, 29, berkata, pada hari pertama iaitu 12 Februari lalu, dia berjaya menjual 1,000 cucuk sate yang kemu­dian meningkat kepada 1,300 cucuk pada hari kedua dan 2,000 cucuk pada hari ketiga.

“Sambutan pengunjung sangat luar biasa sehinggakan kebanya­kan kami sudah kehabisan makanan untuk dijual menjelang pu­kul 10 malam. Kawasan ini strategik kerana selain orang tempatan, ia juga lokasi tumpuan pelancong luar.

“Orang ramai tertarik kerana konsep Food Truck menarik serta aspek kebersihan yang ditekankan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Wan Mohd. Asrul merupakan seorang daripada 10 usahawan Food Truck in The Park yang beroperasi di Dataran Kota Sultan Ismail Petra, berhadapan Istana Balai Besar, di sini bermula pukul 6 petang sehingga 12 tengah malam setiap hari.

Menurut Wan Mohd. Asrul, trak makanannya diperoleh secara sewa beli dengan KADA dan dia perlu membayar RM1,700 secara bulanan bagi tempoh lima tahun.

Sementara itu, seorang lagi usahawan, Ahmad Zulkarnain Abdullah, 25, berkata, dia mampu membuat jualan sehingga RM2,000 sehari sekalipun perniagaan trak makanannya hanya fokus kepada menu ringkas se­perti aiskrim dan ais kepal.

“Menu kegemaran ramai adalah Churros Cone Ice Cream kerana keenakannya.

“Saya tidak sangka sam­butan warga Kota Bharu kepada konsep food truck ini sangat mengga­lakkan dan saya berharap feno­mena ini berkekalan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah | 16 Feb. 2017 | Terbitan 17 Feb. 2017

Taman awam bebas asap rokok: Risalah larangan merokok diedarkan

Pegawai Kesihatan Unit Penyakit Berjangkit Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Mohd. Nasrullah Nik Ab. Kadir (enam dari kanan) menyerahkan replika papan tanda yang bertulis 'Taman Awam Bebas Asap Rokok' di sini hari ini.
KOTA BHARU: Sebanyak 500 risalah mengenai pewartaan taman awam sebagai tempat larangan merokok serta kesan bahaya rokok mula diedarkan kepada orang ramai di sini hari ini.

Pegawai Kesihatan Unit Penyakit Tidak Berjangkit Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Mohd. Nasrullah Nik Ab. Kadir berkata, sebagai permulaan, edaran berkenaan dibuat di Taman Perbandaran Tengku Anis dan Taman Orkid Tengku Anis. 

"Hari ini kita telah menggerakkan seramai 70 anggota penguatkuasa untuk mengagihkan risalah di kedua-dua taman awam berkenaan.

"Risalah ini diedar untuk memberi pemahaman serta kesedaran kepada masyarakat mengenai pewartaan taman awam sebagai tempat larangan merokok serta kesan bahaya rokok kepada orang sekeliling," katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi anti tembakau di Taman Perbandaran Tengku Anis di sini hari ini. 

Sumber: Utusan Online | Wilayah - Kelantan | 17 Feb. 2017

Bahaya guna telefon pintar di dalam tandas: Saintis beri amaran, elak bakteria merebak

BRISBANE: Para saintis mengeluarkan amaran kepada orang ramai bahawa penggunaan telefon pintar di dalam tandas boleh mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan.

Lapor Mail Online, amaran itu dikeluarkan selepas arah aliran (trend) pengguna masa kini yang se­ring membawa telefon pintar ke mana-mana termasuk di dalam tandas.

Hasil kajian oleh penyelidik Australia yang dijalankan pada tahun lalu menunjukkan, seba­nyak 41 peratus rakyat Australia menggunakan telefon pintar di dalam tandas manakala 75 peratus penduduk Amerika Syarikat (AS) turut mengamalkan tabiat serupa.

Dengan mengamalkan tabiat tersebut, mereka mendedahkan diri kepada masalah kesihatan.

“Wujud air dan zarah udara yang tersimpan di dalam te­lefon. Pelindung dan sarung telefon kebiasaannya diperbuat daripada getah yang memudahkan untuk bakteria merebak,” kata Dr. Anchita Karmakar mengenai kajian ber­kenaan baru-baru ini.

Tambah Karmakar, orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan telefon bimbit di dalam tandas, terutamanya tandas awam.

“Walaupun tidak menggunakan telefon di dalam tandas, mereka masih meme­gangnya semasa masuk dan keluar bilik air. Ketika itu, bakteria pada telefon boleh merebak sekiranya anda tidak membasuh ta­ngan terlebih dahulu,” ujarnya.

Langkah terbaik untuk mengelakkan bakteria telefon merebak ialah dengan menggunakan semburan khas yang boleh didapati di kedai-kedai aksesori gajet dan kerap membersihkan skrin sesentuh telefon pintar.

Sumber: Utusan Malaysia | 16 Feb. 2017 | Terbitan 17 Feb. 2017

Kutipan tol secara elektronik di semua plaza tol PLUS mulai April ini

BAGAN SERAI: Transaksi tol di semua plaza tol Lebuh Raya Utara - Selatan (PLUS) akan dikendalikan 100 peratus secara elektronik mulai 26 April ini, kata Pengarah Urusan PLUS Malaysia Bhd, Datuk Azman Ismail.

Beliau berkata pelaksanaan itu turut melibatkan semua transaksi tol di Lebuh Raya Baharu Lembah Klang (NKVE) dan Lebuh Raya Utara - Selatan Hubungan Tengah (Elite).

Katanya dengan pelaksanaan itu, semua 94 plaza tol di lebuh raya kendalian PLUS bermula dari Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Johor kini dikendalikan secara elektronik.

"Bermula 12 tengah hari pada tarikh tersebut tiada lagi transaksi secara tunai akan dikendalikan dan pengguna PLUS perlu membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG," katanya.

Azman bercakap kepada pemberita pada majlis taklimat mengenai pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) di sini Jumaat.

Inisiatif ETC dilaksanakan secara berperingkat sejak 2008 bermula dengan di Bangunan Sultan Iskandar di Johor.

Azman berkata pelaksanaan ETC dapat mengurangkan kesesakan dan mempercepatkan transaksi di lorong pembayaran khususnya ketika musim perayaan.

Beliau menarik perhatian apabila berkata pelaksanaan ETC tidak akan melibatkan pengurangan kakitangan PLUS, sebaliknya petugas di plaza tol sebelum ini diberi latihan semula di samping dihantar ke bahagian lain.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pelaksanaan ETC sejajar dengan kehendak kerajaan untuk mengurangkan tahap tekanan rakyat dan pencemaran udara di negara ini.

"Apabila tidak perlu beratur panjang untuk membuat pembayaran pengguna tidak akan merasa tertekan dan ia juga boleh kurangkan pencemaran udara dengan keluarkan asap yang banyak," katanya.

Sumber: Bernama | 17 Feb. 2017

DBKL minta pembekal bekas plastik mesra alam kurangkan harga kepada peniaga

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meminta pembekal bekas plastik mesra alam tidak mengenakan harga yang tinggi kepada peniaga bagi menjayakan program bebas beg plastik dan polisterin di sekitar ibu kota.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosial Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata segelintir peniaga mendakwa mereka terpaksa membelanjakan kos yang lebih tinggi ekoran penggunaan produk mesra alam itu.

"Pembekal disarankan memberi diskaun kepada para peniaga yang membeli produk mesra alam secara pukal bagi meringankan beban sekali gus dapat mendidik orang ramai mengenai kepentingan alam sekitar.

Usaha itu juga dapat mengelakkan peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang dengan alasan ingin menampung kos pembelian itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program 'Let's Do It Malaysia- Eco and Biogradable Day' di sini, hari ini.

Terdahulu, Ibrahim ketika membaca teks ucapan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata inisiatif program 'Let's Do It Malaysia' bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya penggunaan polisterin.

Mulai 1 Sept, larangan penggunaan pembungkusan plastik dan polisterin oleh semua penjaga dan penjaja di sekitar ibu kota akan berkuatkuasa dan mereka yang didapati ingkar akan dikenakan kompaun.

"Program ini akan menyebarkan mesej secara lebih sistematik sebelum sesuatu penguatkuasaan baharu diamalkan," katanya.

Sumber: Bernama | 17 Feb. 2017

Pertemuan Kelantan lawan Kedah lebih perlawanan psikologi - Zahasmi Ismail

KOTA BHARU: Pertemuan antara Kelantan dan Kedah pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam esok dikatakan lebih kepada 'perang psikologi' bagi menguji ketahanan mental pemain kedua-dua pasukan.

"Malam esok sebenarnya lebih kepada permainan psikologi antara kedua-dua pasukan, kerana kami mempunyai corak permainan yang hampir sama, cuma berbezanya kita bermain di hadapan penyokong sendiri.

"Kedua-dua pasukan mungkin turun dengan berwaspada. Bukan kami takut kepada mereka, begitu juga mereka bukan takut kepada kami kerana kami sebelum ini juga bermain dengan baik, begitu juga mereka," kata Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail kepada Bernama.

Beliau berkata pemain The Red Warriors kini menunjukkan semangat tinggi untuk menang setelah mereka kalah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada perlawanan pusingan kedua Piala FA Selasa lepas.

"Mereka (pemain) mahu mendapatkan tiga mata penuh bermain di halaman sendiri setelah tersingkir dalam Piala FA dan kini TRW mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam saingan Liga Super," katanya.

Beliau juga berkata Kedah di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe kini merupakan pasukan yang baik dengan beberapa pemain mereka perlu diberi perhatian rapi.

"Mereka mempunyai pemain yang perlu diberikan perhatian seperti Liridon Krasniqi, Ken Ilso Larsen, Ahmad Fakri Saarani, Syazwan Zainon dan Mohd Farhan Roslan," katanya.

Kelantan kini berada pada kedudukan kelima liga dengan enam mata selepas mengharungi dua perlawanan, manakala Kedah menerusi empat perlawanan berada di kedudukan teratas liga dengan lapan mata hasil dua kemenangan dan dua seri.

Sumber: Bernama | 17 Feb. 2017

KPKT peruntuk RM5 juta untuk pembinaan pasar baharu Selising

PASIR PUTEH: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan pasar baharu Selising di sini bagi mengantikan pasar lama yang musnah dalam kebakaran dua tahun lepas.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh Mohd Anis Husein berkata pasar tersebut akan dibina di kawasan seluas hampir satu hektar di Kampung Padang Pak Omar.

"Lokasi baharu yang terletak berhampiran jalan utama Pasir Puteh-Kota Bharu iaitu kira-kira satu kilometer dari tapak pasar lama lebih strategik untuk menarik ramai pengunjung," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Anis berkata pembinaan pasar tersebut akan dimulakan dalam tempoh terdekat dan dijangka siap pada pertengahan tahun depan.

Beliau berkata pelbagai kemudahan lain akan disediakan seperti hentian bas ekspres dan surau untuk keselesaan pengunjung.

Katanya 45 peniaga dari pasar lama yang kini berniaga di tapak sementara akan ditempatkan di pasar baharu itu disamping peniaga lain.

Sumber: Bernama | 16 Feb. 2017

Dua remaja ditahan hanya selepas sejam menyamun seorang wanita

BESUT: Dua remaja yang disyaki terlibat dalam kes samun seorang wanita di Kota Bharu, Kelantan diberkas polis di bandar Jerteh hanya selepas 71 minit melakukan jenayah tersebut, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kedua-dua remaja berumur 26 dan 18 tahun itu ditahan dalam kereta yang dilarikan daripada mangsa wanita di hadapan Balai Islam Lundang, Kota Bharu.

Anggota peronda polis Jerteh mengesan mereka dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 10.45 pagi di sini semalam.

Katanya, kedua-dua suspek yang berasal dari Besut itu dipercayai menyamun mangsa berusia 37 tahun dengan melarikan kereta jenis Toyota Vios miliknya serta beg tangan yang mengandungi kad ATM dan lesen memandu.

"Polis yang membuat rondaan di kawasan Hospital Besut mengesan dua remaja berkenaan berada dalam kereta berwarna perak itu dalam keadaan mencurigakan.

"Selepas melakukan pemeriksaan terhadap remaja terbabit, polis mendapati ada beg duit yang dicampak di tempat duduk belakang kereta berkenaan bersama satu kad pengenalan wanita (mangsa) serta beberapa kad ATM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd Zamri, selepas membuat pemeriksaan terhadap barang-barang tersebut, polis mendapati ia menepati laporan polis yang dibuat mangsa pada pukul 9.45 pagi hari yang sama.

"Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Jerteh untuk siasatan lanjut. Suspek berumur 18 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau bersabit Seksyen 379A (curi kenderaan), Seksyen 39A (1) (dadah) dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pecah rumah)," katanya.

Sumber: Bernama | 16 Feb. 2017

Penduduk Kampung Kedai Menanti rayu segera angkut longgokan sampah

Penduduk meminta pihak berkenaan menyelesaikan masalah longgokan sampah berhampiran Kedai Selasa di Kedai Menanti, Selising.
PASIR PUTEH: Penduduk Kampung Kedai Menanti, Selising dekat sini, kecewa kerana pihak berkenaan belum bertindak menyelesaikan masalah longgokan sampah di kampung itu.

Penduduk, Mat Hassan Zain, 55, berkata, lambakan sampah yang berlaku sejak hampir sebulan lalu mengganggu urusan perniagaan penduduk di Kedai Selasa.

“Pungutan sampah memang mengikut jadual tetapi sampah yang melimpah keluar dari tong dibiarkan sehingga bertambah dari hari ke hari.

“Saya bagi pihak penduduk di sini, merayu kepada pihak berkuasa tempatan agar segera menyelesaikan masalah ini kerana semakin lama dibiarkan ia semakin teruk,” katanya.

Menurutnya, longgokan sampah itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah mengganggu penduduk dengan bau meloyakan.
 
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 17 Feb. 2017

Keunikan Masjid Beijing di Rantau Panjang

Masjid Beijing di Rantau Panjang Kelantan menjadi tarikan kerana reka bentuknya yang menarik.
RANTAU PANJANG: Jika melalui jalan utama menuju ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang, di sini, mata pasti tertumpu kepada sebuah bangunan merah berbumbung melengkung yang kaya dengan seni bina Cina purba.

Bangunan tersebut adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau turut digelar Masjid Beijing dan keindahan seni binanya diakui berjaya menggamit ramai pengunjung serta pelancong untuk ke situ.

Selain bentuk bumbung­nya yang melengkung ke atas seakan-akan tokong, turut mencuri tumpuan ialah menara berbentuk serban disokong dengan lilitan unik di bahagian bawah.

Imam masjid itu, Mohsin Abdullah berkata, Masjid Beijing menyerupai Masjid Niujie di Beijing, China yang dipercayai ber­usia lebih daripada 1,000 tahun.

“Bangunan utama merupakan komponen terbesar dan mempunyai dua tingkat. Tingkat atas adalah ruang sembahyang utama yang dapat menempatkan 1,000 jemaah dalam satu-satu masa.

“Sementara itu, di tingkat bawah pula mempunyai ruang sokongan untuk kemudahan awam iaitu dewan serbaguna, dewan makan, klinik dan perpustakaan masjid. Terdapat empat pintu masuk ke bangunan masjid untuk mengelakkan kese­sakan,” katanya.

Mohsin berkata, Masjid Beijing menyediakan ruang khas untuk penganjuran pelbagai aktiviti sampingan berbentuk sosial dan ekonomi selain ba­ngunan tambahan yang menempatkan sebuah kelas untuk tadika dan kelas agama yang mampu memuatkan 30 pelajar.

Beliau berkata, kelas tahfiz, tajwid dan al-Quran turut diadakan bagi memberi pendidikan berbentuk keagamaan kepada generasi muda selain tazkirah yang diadakan pada setiap hari selepas solat zohor dan maghrib.

“Sepanjang bulan Ramadan pula, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk majlis berbuka puasa, majlis tadarus dan khatam al-Quran serta solat tarawih.

“Program-program seperti ini bukan sahaja dapat membantu asnaf tetapi juga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara penduduk kampung. Kita juga turut menjemput imam dari negara China mengimamkan solat tarawih di masjid ini,” katanya.

Mohsin berkata, kelab memanah serta ruang untuk aktiviti itu turut diwujudkan di masjid berkenaan yang terbuka kepada kanak-kanak seawal usia enam tahun selain turut membuka keahlian kepada golongan wa­nita.

“Pada setiap sesi memanah, para pemanah akan mendapat tunjuk ajar daripada tenaga pe­ngajar berpengalaman dari Kelab Memanah Sunnah Kelantan.

“Idea menubuhkan kelab memanah ini tercetus apabila melihat ramai anak muda masa kini mempunyai peralatan memanah, tetapi tidak memiliki kemahiran untuk menggunakannya,” kata­nya. 
 
Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah - Kelantan | 16 Feb. 2017 | Terbitan 17 Feb. 2017

Khamis, 16 Februari 2017

Jalan Aring 8 - Kuala Berang dibuka semula kepada pengguna

HULU TERENGGANU: Jalan Aring 8 - Kuala Berang di sini yang ditutup sejak 22 Jan lalu berikutan kejadian runtuhan jalan dibuka semula kepada orang ramai bermula petang semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Terenggau Ir Che Kamaruddin Bahar berkata laluan dibuka semula setelah pembinaan lencongan sementara siap sepenuhnya semalam.

"Jalan lencongan sepanjang kira-kira 200 meter itu dibina dalam tempoh tiga minggu dengan kos kira-kira RM500,000," katanya kepada Bernama Khamis.

Laluan itu merupakan jalan alternatif yang menghubungkan Gua Musang di Kelantan dengan Kuala Berang.

Sejak penutupannya, pengguna dari arah Gua Musang ke Terengganu terpaksa menggunakan jalan utama Gua Musang-Kuala Krai sebelum ke Jalan Machang-Jerteh.

Sementara itu, beberapa pengguna jalan raya yang ditemui Bernama berkata mereka berasa lega dengan pembukaan laluan tersebut yang memendekkan masa perjalanan.

Ahli perniagaan dari Kuala Terengganu, Mohd Syukor Muda, 43, berkata dia menggunakan laluan itu untuk pulang ke Ipoh, Perak dua kali minggu bagi menjengah ibu bapanya yang uzur.

"Memang lega sangatlah sebab dah tiga minggu terpaksa guna laluan yang jauh ikut Kuala Lumpur, minyak pula boleh tahan harganya...bila laluan Aring ini dibuka semula dapat jimat masa dan minyak.

"Biasanya kalau lalu ikut Aring, saya sampai Ipoh dalam tempoh tujuh jam sahaja, tapi kalau kena ikut Kuala Lumpur, 10 jam baru sampai," katanya.

Bagi pengusaha kedai bunga di Gong Badak, Noor Aznida Alias, 36, pembukaan laluan tersebut menjimatkan masa beliau yang selalu berulang-alik ke Cameron Highlands untuk mengambil stok bunga segar.

"Dalam tempoh tiga minggu laluan itu ditutup saya terpaksa menggunakan khidmat kurier untuk mengambil stok bunga. Sekarang jalan dah dibuka semula, saya tidak perlu berbelanja lebih untuk perkhidmatan kurier," katanya.

  Sumber
: Bernama | 16 Feb. 2017

Rabu, 15 Februari 2017

Jersi TRW dipasarkan Sabtu ini, harga baharu RM109

PETALING JAYA: Selepas menunggu kira-kira sebulan, penyokong The Red Warriors (TRW) kini boleh menarik nafas lega apabila jersi pasukan itu akan mula dipasarkan Sabtu ini, dan lebih menarik lagi ia ditawarkan pada harga RM109.

Pengarah Urusan Glow Glowing Beauty Skin yang merupakan penaja bersama TRW, Datuk Mohd Rowi Dollah berkata, harga jersi diturunkan dari RM119 kepada RM109 memandangkan penyokong sabar menunggu untuk memiliki jersi itu.

Beliau berkata, ia mula dipasarkan pada perlawanan Liga Super antara TRW dan Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu ini.

“Peminat boleh mendapatkan jersi pada 18 Februari ini semasa perlawanan TRW menentang Kedah di Kota Bharu.

“Ia mula dijual di sekitar pekarangan stadium dan di mana-mana pengedar sah yang dilantik,” katanya dalam kenyataan kepada mStar Online, petang Rabu.

Mohd Rowi berkata, pada peringkat awal, sebanyak 10,000 jersi TRW akan dikeluarkan, iaitu 6,000 jersi merah, serta masing-masing 2,000 lagi untuk biru dan oren.

Sehubungan itu, beliau meminta semua penyokong pasukan itu supaya membeli jersi TRW yang asli di pasaran.

“Pihak kami mengharapkan kepada semua penyokong yang sayangkan pasukan TRW agar mendapatkan jersi asli. 

“Sedikit-sebanyak hasil jualan jersi yang asli ini dapat membantu tabung pengurusan TRW,” ujar Mohd Rowi.

Pada 26 Januari lalu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun berkata, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan rapi dan penguatkuasaan di setiap pasar malam seluruh negeri, selain sekitar Stadium Sultan Muhammad IV.

Beliau menggesa peniaga dan pengusaha tidak menciplak jersi TRW, malah jika dikesan mempunyai logo TRW, tindakan tegas akan diambil. 

"Bagi individu yang terbabit, sama ada memiliki, mengguna dan menawarkan jersi tiruan kepada mana-mana pihak boleh dikenakan denda RM10,000, manakala syarikat boleh dikenakan denda RM15,000 untuk setiap helai baju yang diciplak," kata Ab Ghani.

Mengikut rekod dari 2008 hingga 2017, sebanyak 35 kes cetakan baju ciplak dengan logo TRW dikesan dan Kafa menanggung kerugian RM242,000.

Sumber: mStar Online | 15 Feb. 2017

Himpunan RUU 355: Jamil Khir sah hadir

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamil Khir Baharom adalah antara pemimpin kerajaan yang akan menghadiri Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355), Sabtu ini.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Jamil Khir sudah mengesahkan kehadirannya dan akan hadir atas kapasitinya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Beliau akan datang untuk solat Maghrib di Padang Merbok, kemudian solat hajat dan akan sampaikan sedikit tazkirah.

"Slot untuk beliau ditetapkan antara Maghrib dan Isyak," katanya pada sidang media khas Himpunan RUU 355 di sini, Rabu.

Nasrudin berkata, Himpunan RUU 355 anjuran 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut menjemput pemimpin-pemimpin lain tanpa mengira agama dan fahaman politik.

"Kita jemput semua (pemimpin), buat masa ini hanya Datuk Seri Jamil Khir beri pengesahan, saya fikir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Datuk Seri Zahid Hamidi mungkin ke Sarawak untuk pilihan raya di sana," katanya.

Ditanya adakah kehadiran Jamil Khir itu menandakan beliau dan kerajaan menyokong untuk akta tersebut dipinda, Nasrudin menjawab:"Alhamdulillah, beliau datang, beliau sokonglah."

Menurut Nasrudin, seramai 200,000 orang dijangka hadir ke himpunan tersebut yang akan bermula pukul 2 petang dan berakhir jam 11 malam.

Katanya, sepanjang tempoh itu pelbagai program telah diatur termasuk, menjemput seramai 21 pemidato daripada NGO dan tokoh-tokoh terkemuka tanah air.

"Kita juga menjemput penceramah daripada Persatuan Penceramah Bukan Islam BN dan Persatuan Hindu Pahang," katanya.

Penceramah lain yang disebut adalah Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bekas Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau juga menasihatkan peserta yang hadir supaya berhimpun dengan aman dan membuat beberapa persediaan seperti membawa sejadah dan air untuk berwuduk.

Sumber: mStar Online | 15 Feb. 2017

RUU355: Kelantan isytihar cuti peristiwa pada 19 Februari ini

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan mengisytiharkan Ahad ini (19 Februari) sebagai cuti peristiwa sempena Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu ini

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia bagi memberi peluang kepada rakyat Kelantan untuk turut serta dalam himpunan tersebut bagi memastikan mereka tidak pulang dalam keadaan tergesa-gesa selepas perhimpunan itu tamat.

"Ia sebagai sokongan moral kerajaan negeri kepada usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah melalui pindaan kepada Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016).

"Ia juga bagi membolehkan seberapa ramai rakyat Kelantan untuk menyertai himpunan itu nanti," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, Rabu.

Pada 24 November lepas, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Sumber: mStar Online | 15 Feb. 2017

Seorang wanita maut ketika cuba mengejar peragut

BACHOK: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum terlanggar tiang elektrik ketika mengejar seorang lelaki yang meragut begnya di Kampung Pak Elong, Tangok di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad berkata Siti Rohani Wahab, 54, sedang menunggang motosikal sendirian sebelum seorang lelaki yang juga menaiki motosikal meragut beg yang diletakkan dalam raga motosikal mangsa.

Dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kantin Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok di sini.

"Mangsa yang terkejut begnya diragut, terus mengejar suspek dalam jarak 800 meter sebelum berjaya menghampiri suspek namun motosikal mangsa dipercayai dihimpit suspek hingga terbabas dan melanggar tiang elektrik yang terletak di sebelah kanan jalan," katanya kepada pemberita di sini.

Din berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Katanya jenazah mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu untuk bedah siasat dan polis sedang mengesan peragut terbabit.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya jangan mengambil tindakan sendiri sebaliknya segera menghubungi polis sekiranya menjadi mangsa ragut kerana tindakan sebegini boleh mendatangkan bahaya," katanya.

Seorang saksi, Syuhada Abd Malik, 24, berkata ketika kejadian beliau sedang bersarapan di kedainya dan melihat motosikal mangsa yang dalam perjalanan dari Kampung Telong di sini, dihimpit seorang lelaki sebelum mangsa terlanggar tiang elektrik dan terjatuh.

"Saya berlari ke arah mangsa yang terbaring di atas jalan dan mendapati mangsa dalam keadaan nazak sebelum dia menghembuskan nafas terakhir," katanya.

Sementara itu, anak mangsa, Nur Farah Wahida Che Hassan, 15, berkata ibunya keluar dari rumah di Telong, di sini pada pukul 6.30 pagi.

Beliau berkata sudah tiga tahun ibunya bekerja di kantin tersebut dan sering menggunakan laluan berkenaan untuk ke tempat kerja.

"Pagi tadi saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi ibu banyak bercakap. Sebelum keluar saya sempat bersalaman dengannya dan dia keluar kerja seperti biasa dengan menggunakan motosikal.

"Kira-kira pukul 8.30 pagi tadi ada orang memberitahu ibu kemalangan dan meninggal dunia selepas diragut," katanya.

Beliau berkata bapanya, Che Hassan Che Ibrahim, 59, tiada di rumah kerana bekerja di Kuantan, Pahang dan pulang ke rumah sekali sebulan.

Sumber: Bernama | 15 Feb. 2017

Selasa, 14 Februari 2017

ECRL to change bentong's economic landscape - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak is confident the construction of the East Coast Rail Line (ECRL) will change the landscape of Bentong, with the opening up of the region's economy through the access.

The prime minister said Bentong's potential could be realised with rapid development being brought to the region through the construction of the ECRL project, linking Tumpat and Kuantan with Kuala Lumpur as well as the Central Spine Road (CSR) Bentong Bypass project.

"Imagine travelling between Bentong and Gombak only takes 25 minutes by ECRL compared to 90 minutes by car through the Karak Highway.

"This will enable Bentong to become a satellite town to Greater Kuala Lumpur," he said in his latest posting on his blog, www.najibrak.com, tonight.

He said this following his visit to Bentong in conjunction with the Chinese New Year Malaysia Open House at Bentong Square which was attended by about 20,000 people of various races yesterday.

He said apart from Seremban, Bentong will also be an attractive destination as one of the areas to live in for those working in Kuala Lumpur.

More than that, industries such as ecotourism would be given new life by a system of holistic communication, he said.

"In terms of the development plan, I see Bentong as a town with high potential due to several key factors, including the wealth of this town with its natural resources which can become a tourist attraction in addition to its strategic location.

"Opportunities like this will certainly improve the living standards of the people of Bentong, who were previously involved in traditional economic activities such as farming and agriculture, in the future," he said.

Source: Bernama | 13 Feb. 2017

IADA Kemasin-Semerak: 1,360 petani rugi RM3.2 juta

Sebahagian petani bergotong-royong menangkap tikus di bendang Jelutung, Bachok, Kelantan, semalam.
BACHOK: Sebanyak 1,360 petani di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin-Semerak mendakwa kerugian berjumlah RM3.2 juta apabila tanaman padi yang diusahakan musim lepas musnah dilanda banjir bulan lepas.

Pengarah IADA, Nik Hamadi Nik Abdullah berkata, kerugian itu berdasarkan kepada kemusnahan kira-kira 2,070 daripada 4,200 hektar tanaman yang diusahakan petani di daerah ini dan Pasir Puteh yang ditenggelami air melebihi satu meter dalam tempoh yang lama.

Beliau berkata, padi akan rosak sekiranya ditenggelami air mele­bihi empat hari.

“Selain masalah banjir, petani di kawasan operasi IADA Kemasin-Semerak turut menghadapi masalah serangan tikus hutan yang berhijrah dalam jumlah yang banyak ketika banjir lalu,” katanya kepada pemberita pada program gerak gempur pengawalan tikus sawah IADA di bendang Jelutung dan Telaga Ara, dekat sini, hari ini.

Lebih 200 petani dari kawasan itu menyertai gerak kerja gotong royong memusnah makhluk perosak itu dengan tangkapan secara manual.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok, Datuk Dr. Ilias Hussin.

Nik Hamadi berkata, ketika kejadian tersebut, padi berada pada peringkat berbunga dan berisi.

“Akibat tenggelam dalam tempoh yang lama, padi akan busuk dan reput serta pada masa yang sama pula sebahagian padi yang selamat daripada banjir menjadi habuan kepada ribuan tikus.

“Sebelum ini, petani juga menghadapi serangan siput gondang emas yang cepat membiak yang turut memusnahkan tanaman mereka dengan memakan pokok yang berumur antara dua hingga tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata, di antara kawasan yang paling teruk musnah termasuk bendang Gong Geduk, di Pasir Puteh yang membabitkan 120 hektar serta 60 hektar di Bendang Jelutung.

“Jumlah kerugian itu akan dikemukakan kepada pengurusan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk dipertimbangkan bagi menyalurkan sedikit bantuan dalam usaha meringankan bebanan petani terbabit bagi mengusahakan semula tanaman padi musim depan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah - Kelantan | 13 Feb. 2017 | Terbitan 14 Feb. 2017

MDPP bantu ringankan beban penduduk

Sebahagian kakitangan MDPP bergotong-royong membersihkan kawasan selepas banjir di Kampung Tasek Pauh, Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini.
PASIR PUTEH: Biarpun banjir telah berlalu pada penghujung bulan lepas, namun sisa-sisa pe­ninggalan itu masih kelihatan di daerah ini.

Justeru, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) bersama beberapa agensi kerajaan yang lain telah sama-sama turun padang bagi menjayakan Program Amal Pasca Banjir untuk meringankan bebanan penduduk yang ditimpa musibah.

Setiausaha MDPP, Ahmad Shar­gowi Derahman berkata, gotong-royong membersih persekitaran kampung dan rumah penduduk berjaya diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seli­sing, dekat sini, baru-baru ini yang memfokuskan usaha membantu mangsa banjir di zon Tasek Pauh dan Tualang Tinggi.

Menurutnya, aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua kakitangan dari Bahagian Kebersihan MDPP dan diselia oleh seorang Pengawas Bandar itu berjaya membersihkan kekotoran yang disebabkan banjir.

“Ini adalah sumbangan amal korporat MDPP yang menjadi tradisi setiap tahun untuk turun ke lokasi banjir selain bersama-sama agensi penyelamat untuk memindahkan mangsa ketika berlakunya banjir sebelum ini.

“Ini membuktikan skop per­khidmatan kakitangan yang mencakupi pelbagai keperluan komuniti,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Ahmad Shargowi berkata, selain gotong-royong membersih­kan kawasan, pihaknya turut menyampaikan sumbangan bantuan pasca banjir di Kampung Gong Chokoh, Kampung Gong Pachat dan Pondok Dalam Huma dalam DUN Semerak

Menurutnya, agihan sumba­ngan pasca banjir ini merupakan kerjasama di MDPP, Pejabat Agama Jajahan, Ibu Pejabat Polis Da­erah Pasir Puteh dan pengurusan Masjid Ibrahimi.

“Program ini mendapat kerjasama padu semua Ahli Majlis Daerah dan ketua-ketua jabatan untuk turun kelapangan bagi menjayakan program menyampaikan bantuan dari rumah ke rumah.

“Paling tidak kesepakatan kami bersama mereka dapat meringankan sedikit bebanan selepas beberapa kali menghadapi musibah banjir," katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah - Kelantan | 13 Feb. 2017 | Terbitan 14 Feb. 2017

Isnin, 13 Februari 2017

Nadicorp serah RM50,000 dana endowmen kepada UMK bantu usahawan mikro

KOTA BHARU: Syarikat Nadicorp Holdings Sdn Bhd hari ini menyerahkan dana endowmen berjumlah RM50,000 kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi membantu usahawan mikro meningkatkan perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusi syarikat itu Tan Sri Dr Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata buat permulaan, sebanyak 10 usahawan mikro masing-masing mendapat bantuan berjumlah RM5,000 sebagai suntikan modal untuk memajukan lagi perniagaan mereka.

"Dana endowmen ini diwujudkan bagi membantu usahawan mikro terpilih untuk meningkatkan perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi.

Mereka ini sebenarnya telah berjaya, tapi apabila sampai di satu tahap mereka memerlukan lagi suntikan modal dan ilmu pengetahuan yang lebih sofistikated untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Bagi Program Dana Endowmen Pembangunan Usahawan itu yang turut dihadiri Naib Canselor UMK Datuk Dr Mortaza Mohamed, di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Mohd Nadzmi yang juga Profesor Adjung UMK berkata menerusi program ini juga, usahawan mikro yang terpilih akan berkolaborasi dengan universiti itu dalam memanfaatkan ilmu pengetahuan yang ada di pusat pendidikan tersebut.

"UMK akan bertindak sebagai penasihat yang akan memberi ilmu dalam pelbagai bentuk kepada usahawan mikro terbabit, manakala usahawan mikro pula akan berkongsi pengalaman mereka dengan UMK dalam hal berkaitan pengalaman mereka menguruskan perniagaan.

"Ini juga akan menjadi strategi serampang dua mata kepada UMK dalam membentuk satu sistem pembelajaran baharu di mana ia tidak hanya tertumpu kepada teori semata-mata," katanya.

Sementara itu, Mortaza berkata usahawan mikro yang dipilih terdiri daripada pengusaha bakeri, tudung, jahitan, rempah masakan, pastri, keropok segera dan makanan sejuk beku.

Beliau berkata menerusi dana ini, peniaga akan diberikan suntikan modal dan hanya perlu membayar sejumlah kecil hasil keuntungan mereka kepada tabung dana yang akan digunakan bagi membantu usahawan lain pula selepas ini.

Sumber: Bernama | 13 Feb. 2017

Perhilitan lumpuh aktiviti pemburu haram di Kelantan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya melumpuhkan aktiviti kumpulan pemburu haram tegar di Kelantan dengan penahanan tujuh suspek di kawasan Aring 5, Gua Musang pada Jumaat lepas.

Ketua Pengarahnya Abdul Kadir Abu Hashim berkata semua suspek lelaki berusia lingkungan 20 ke 50 tahun, warga tempatan itu ditahan bersama hasil rampasan bernilai kira-kira RM500,000 dalam Operasi Rangkaian Penguatkuasaan Biodiversiti 1Malaysia (1MBEON) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

"Melalui tangkapan kumpulan ini Jabatan Perhilitan percaya telah berjaya melumpuhkan aktiviti dan kumpulan pemburuan haram utama di Kelantan yang bergiat aktif memburu hidupan liar seperti gajah, seladang, rusa sambar dan kambing gurun.

Kampulan terbabit juga dipercayai telah membunuh sekurang-kurangnya 15 ekor gajah liar sejak 2013 dan dipercayai memasarkan hasil buruan mereka di pasaran tempatan dan negara jiran terdekat," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman empat hari bermula 11 Februari lalu untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 68, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu memburu dan penyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa permit dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Abdul Kadir berkata turut dirampas dalam operasi itu empat senjata api, kira-kira 100 butir peluru dan tiga unit bahan letupan plastik serta peletus selain dua kenderaan pacuan empat roda.

Susulan penahanan suspek berkenaan, katanya dua serbuan berasingan dilakukan di tiga premis di Tanah Merah dan empat di Gua Musang yang mana pihaknya telah merampas dua batang gading gajah, daging gajah yang telah disalai, sembilan gergaji berantai dan 56 peluru.

"Jabatan Perhilitan juga akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan berhubungan tangkapan ini memandangkan kes ini melibatkan penggunaan senjata api dan bahan letupan," katanya.

Sumber: Bernama | 13 Feb. 2017

KADA rugi RM11 juta akibat banjir

PASIR MAS: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) terpaksa menganggung kerugian sebanyak RM11 juta kesan banjir yang melanda kawasan selian mereka pada awal Januari lalu.

Ahli Lembaga Pengarah KADA, Datuk Hanafi Mamat berkata, anggaran tersebut melibatkan kerosakan prasarana milik agensi itu dan tanaman petani.

“Kerosakan prasarana kita anggarkan berjumlah RM8 juta dan kemusnahan tanaman milik petani RM3 juta.

“Untuk prasarana kita sedang melakukan kerja-kerja baik pulih, bagi jumlah kerugiaan petani kita sedang mengumpulkan maklumat secara terperinci daripada golongan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pe­nyampaian Zakat Perniagaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Sepat dan Penye­rahan Peralatan di Bawah Program Azam Tani di sini hari ini.

Sebanyak 212 golongan asnaf menerima sumbangan zakat membabitkan jumlah RM20,000 dan lapan peserta Azam Tani mendapat bantuan peralatan berjumlah RM60,000.

Mengulas mengenai Program Azam Tani di bawah KADA, Hanafi memberitahu, kebanyakkan para perserta telah berjaya dibebaskan daripada kepompong kemiskinan.

“Rata-rata peserta di bawah program ini mampu memperoleh pendapatan minimum berjumlah RM1,500. Kejayaan ini selaras dengan kehendak kerajaan untuk membantu para peserta bebas daripada kemiskinan tegar.

“KADA berharap para peserta dapat memanfaatkan kemudahan ini sebaik mungkin untuk keluar dari kemiskinan,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah - Kelantan | 12 Feb. 2017 | Terbitan 13 Feb. 2017

RM30j bangunkan kawasan seliaan KADA

Hanafi Mamat menyampaikan insentif projek NKEA kepada penerima kawasan Nilam Baru, Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertani­an Kemubu (KADA) memperuntukkan kira-kira RM30 juta untuk pembangunan di kawasan seliaannya pada tahun ini.

Ahli Lembaga Pengarah KADA, Datuk Hanafi Mamat berkata, peruntukkan itu melibatkan pembangunan infrastruktur tanaman padi, pengairan serta saliran dan sebagainya.

“Peruntukkan pembangunan ini turut melibatkan pelbagai aktiviti serta projek-projek untuk pembangunan petani.

“Setiap tahun, KADA akan me­nyediakan peruntukan pem­ba­­ngunan sebagai usaha untuk mem­bantu meningkatkan pe­nge­lu­aran hasil padi sekali gus menambah pendapatan petani,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Pe­nyam­paian Insentif Projek NKEA KADA Nilam Puri Musim 1/2016 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hanafi berkata, pihaknya berharap projek membaik pulih pam air di kawasan KADA dapat diluluskan tahun ini.

“Di kawasan KADA, kita mempunyai tiga pam air iaitu di Kemubu, Lemal dan Kasar. Ketiga-tiga pam ini perlu dibaik pulih.

“Kita akan dapat menyelesaikan masalah perairan di seluruh kawasan KADA sekaligus dapat mengelak masalah kerosakan tanaman padi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, KADA mengalami kerugian sebanyak RM5.5 juta akibat kerosakan infrastruktur ketika banjir baru-baru ini.

“Berkenaan dengan petani yang terjejas dengan banjir, kita sedang mengumpul maklumat,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah - Kelantan | 9 Feb. 2017 | 10 Feb. 2017

Persimpangan bertingkat atasi masalah di Tanah Merah

Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra (tengah) bersama Ahmad Yakob (empat dari kiri) dan Ikmal Hisham Abdul Aziz (dua dari kanan) melihat replika model projek pembinaan persimpangan bertingkat bandar Tanah Merah di Masjid Ismail Petra, Tanah Merah, Kelantan, baru-baru ini.
TANAH MERAH: Ketika mula menjadi pe­mim­pin, antara perkara yang sering kali diperjuangkan oleh Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz adalah untuk melihat sebuah persimpangan bertingkat dibina di bandar ini.

Sejak daripada tempoh itu, Ikmal Hisham tidak pernah berhenti berusaha untuk membawa projek tersebut yang sekali gus bakal menyelesaikan masalah kesesakkan lalu lintas di kawasan tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah itu sedar betapa seksa dan deritanya penduduk terpaksa menghadapi masalah berkenaan setiap hari dan perkara itu bukan baharu malah berlarutan sejak puluhan tahun lalu.

Akhirnya, usaha berterusan Ikmal Hisham itu membuahkan hasil apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 Ogos 2013 telah mengumumkan pembinaan projek tersebut dan kini kerja-kerja perlaksa­naannya telah mula dilakukan sejak tahun lalu.

Dengan adanya persimpangan bertingkat di kawasan itu nanti, masalah kesesakkan lalu lintas luar biasa terutama pada waktu kemuncak dijangka selesai.

Malah pengguna juga tidak tidak perlu lagi berhenti di lintasan kereta api di tengah-te­ngah bandar tersebut sekurang-kurangnya 12 kali sehari seperti sebelum ini.

Selain itu, persimpangan ber­tingkat tersebut juga bakal memudahkan pengguna apabila ti­dak perlu lagi melalui kawasan bandar sekiranya hendak ke mana-mana di daerah ini.

Wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Nik Burhanudin Nik Yussof berkata, projek itu adalah penyelesaian jangka panjang dalam mengatasi masalah aliran trafik di kawasan bandar ini dan mampu meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

“Bandar Tanah Merah merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun, limpahan ken­deraan terutamanya pada waktu puncak telah mengakibatkan berlakunya kesesakkan lalu lintas yang teruk,” katanya.

Pengerusi Persatuan Pemandu Kereta Sewa Tanah Merah, Ismail Hassan, 64, berkata, antara kesulitan terpaksa dihadapinya sepanjang 43 tahun bergelar pemandu kereta sewa adalah masalah kese­sakkan lalu lintas yang tidak pernah selesai di bandar ini.

Katanya, setiap hari, dia terpaksa menempuh perjalanan antara satu hingga dua jam untuk menghantar pelanggan ke mana-mana sekitar daerah berkenaan meskipun jaraknya hanya sekitar dua kilometer terutama ketika kereta api melalui kawasan tersebut yang menyebabkannya terpaksa menunggu lebih 20 minit.

“Masalah yang terpaksa ditempuh pengguna jalan raya itu bukan sehari, tetapi sudah lebih puluhan tahun lalu. Alhamdulilah, saya dengar sebuah persimpangan ber­tingkat akan dibina di kawasan ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan ini.

“Aliran trafik yang lancar akan memudahkan urusan banyak pihak dan secara tidak langsung akan membantu merancakan pembangunan di bandar ini.

“Ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen kita yang berusah untuk menjadikannya kenya­taan,” katanya.

Sementara itu, Ikmal Hisham berkata, projek pembinaan persimpangan bertingkat tersebut sememangnya dinantikan oleh seluruh penduduk di daerah ini.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri yang meluluskan projek tersebut. Kita juga mengharapkan kerjasama semua pihak khususnya kerajaan negeri dalam mereali­sasikan pembinaan persimpa­ngan bertingkat ini,”katanya.

Sumber: Bernama | Wilayah - Kelantan | 8 Feb. 2017 | Terbitan 9 Feb. 2017

Rumah BN: Permintaan masih rendah di Kelantan

Ahmad Jazlan Yaakub menyampaikan bantuan baja kepada pekebun kecil sempena Program Pembangunan RISDA Kelantan dan Bantuan Banjir Tahun 2017 di Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering, Machang, Kelantan, semalam.
MACHANG: Permohonan terhadap Rumah Bina Negara (Rumah BN) untuk generasi kedua luar bandar di negeri ini masih lagi berada di tahap rendah.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak 200 buah Rumah BN di negeri ini, namun sehingga kini pihaknya menerima 100 permohonan sahaja.

Beliau berkata, rakyat khususnya generasi kedua pekebun kecil harus merebut peluang ini untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang mampu milik.

“Kerajaan begitu bersungguh-sungguh membantu rakyat untuk memiliki rumah sendiri dengan menawarkan insentif sebanyak RM20,000 bagi setiap rumah yang berharga RM65,000.

“Namun peluang ini tidak direbut, malah ada segelintir pihak yang hanya ingin bantuan rumah percuma sepenuhnya daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pembangunan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Kelantan dan Bantuan Banjir Tahun 2017 di Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah RISDA negeri, Rusly Yaacob.

Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kerajaan telah memperuntukkan seba­nyak 5,000 unit Rumah BN untuk generasi kedua di seluruh negara termasuk 200 unit di ne­geri ini.

“Projek ini mula dilaksanakan tahun lalu dan dikendalikan oleh RISDA dan Felcra Berhad (Felcra) sebagai agensi pelaksana.

“Pembinaan rumah berkenaan sudah bermula dan mereka yang ingin memohon boleh mengisi borang di pejabat RISDA di setiap daerah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan berkata, pihaknya turut menafikan dakwaan yang mengatakan Rumah BN adalah untuk penyokong kerajaan sahaja.

“Apabila mendengar BN, pelbagai tuduhan dilemparkan, ko­nonnya Rumah BN ini untuk golongan yang menyokong kerajaan sahaja.

“Tanggapan ini salah dan tidak berasas kerana kerajaan ingin membantu semua tanpa mengira siapa. Kenapa harus menidakkan usaha baik yang dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah - Kelantan | 7 Feb. 2017 | 8 Feb. 2017

Sikap pengunjung punca Pantai Irama kotor

Persekitaran Pantai Irama yang kotor disebabkan sikap pengunjung yang membuang sampah selain sisa sampah yang dibawa ombak selepas banjir di Bachok, Kelantan, baru-baru ini.
BACHOK: Jijik dan meloyakan, itu keadaan Pantai Irama dekat sini apabila longgakan sampah sarap dibiar bersepah di pusat pelancongan tersebut .

Keadaan tersebut berlaku dise­babkan tabiat serta sikap tidak bertanggungjawab pe­ngunjung yang suka membuang sampah di merata-rata tempat sehingga mencemarkan imej daerah ini yang diiktiraf sebagai bandar pelancongan Islam di negeri ini.

Seorang pengunjung, Rohana Rashid, 41, berkata, pemanda­ngan di pantai itu amat menyakit­kan mata kerana keada­annya tidak terurus dengan longgakan sampah yang tidak dibersihkan.

Menurutnya, keadaan sedemikian amat memalukan kerana ia menggambarkan sikap dan tabiat pelbagai pihak dalam konteks bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan awam.

“Saya tidak pasti siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap kebersihan di sini tetapi kelihatan banyak sampah yang berselerak selain persekitaran pantai yang ditimbuni kayu hanyut selepas banjir,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini, baru-baru ini.

Rohana berkata, longgokan kulit buah kelapa muda dan sisa makanan yang dibuang di kawasan sekitar tong sampah seharusnya diangkut secepat mungkin bagi mengelakkan pantai itu dipenuhi lalat serta bau yang kurang menyenangkan.

Sementara itu, Setiausaha Gabungan Perantau Bachok, Nasrul Mohamed berkata, faktor utama menyebabkan keadaan itu berlaku adalah disebabkan tahap kesedaran pengunjung yang rendah tentang tanggungjawab bersama untuk menjaga kebersihan.

“Kami sendiri sudah banyak membuat promosi dan kempen termasuk meletakkan banyak tong-tong sampah di sekitar pantai untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai aspek kebersihan namun matlamat kami tidak tercapai disebabkan kesedaran yang rendah.

“Tong sampah sudah disedia­kan kenapa dibuang merata tempat. Saya berjalan di pantai turut terpijak lampin pakai buang bersama najis.

“Pendidikan kebersihan dan amalan bertanggungjawab menjaga persekitaraan awam belum tercapai agaknya. Saya juga ingin menegur supaya kebersihan tandas awam juga perlu ditingkatkan,” katanya.

Setiausaha Majlis Daerah Bachok (MDB), Muhammad Zaidi Mat Jusoh berkata, masalah kurang kesedaran terhadap aspek kebersihan menjadi faktor utama berlakunya pencemaran sampah di pesisir Pantai Irama sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, MDB telah menyediakan beberapa orang pekerja kontrak untuk membersihkan kawasan ini setiap hari namun ianya gagal menampung longgokan sampah yang dibuang oleh ribuan pengunjung.

Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah - Kelantan | 6 Feb. 2017 | Terbitan 7 Feb. 2017

Ahad, 12 Februari 2017

PAS tidak akan sertai Pakatan Harapan - Mohd Amar

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU: PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan selagi pakatan itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. 

Mohd Amar, yang senada dengan keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu berkenaan, berkata parti itu tidak memerlukan masa sebulan untuk menyertai pakatan itu sebagaimana yang disyaratkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu. 

"Kami sudah membuat keputusan tidak akan bersama-sama (parti pembangkang lain) dengan Pakatan Harapan dan ini bukan macam teka silangkata yang mempunyai tempoh tertentu," kata Timbalan Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita di pejabatnya di sini, Ahad.

Sumber: Bernama | 12 Feb. 2017

PAS-PPBM tidak akan berkerjasama selagi ada hubungan DAP, Amanah - Hadi

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
PETALING JAYA: PAS tidak akan bekerjsama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana parti itu ada hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kami mempunyai pendirian yang mudah sekali, iaitu tidak akan bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.

"Kami telah buat keputusan untuk tidak bekerjasama, juga dengan rakan mereka. Jadi tidak perlu tunggu sehingga sebulan kerana apabila mereka bersama Amanah dan DAP, jadi semuanya sudah berakhir," katanya ketika menghadiri majlis di Ampang, Ahad.

Hadi berkata demikian susulan kenyataan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamd yang memberikan tempoh sebulan untuk PAS memutuskan sama mahu bersama Pakatan Harapan, gabungan pembangkang yang diwujudkan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Mengenai sama ada PAS akan pertimbangkan untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin PPBM bagi membincangkan isu berkenaan, Hadi berkata, ia tidak perlu selagi PPBM masih bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

"Malah untuk PKR juga, kami akan membuat keputusan segera. Sebenarnya kami terbuka kepada semua dan hanya melibatkan politik saya tidak kisah, tetapi kedua pihak ini (DAP dan Amanah) menumpukan RUU 355 yang tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Pada Sabtu, Dr Mahathir berkata, PAS perlu membuat keputusan dalam masa sebulan sama ada mahu menyertai gabung pembangkang itu.

Sumber: mStar Online | 12 Feb. 2017

Tunku Ismail titah bebaskan Mat Tere

Foto ihsan: Facebook Johor Southern Tigers
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru pada Ahad bagi membebaskan Mat Tere yang sepatutnya dilanjutkan tahanan reman dan dihantar pulang ke negeri Kelantan.

Mat Tere atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apis Baharum, 29, ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kelantan Rabu lalu membantu siasatan berhubung video kata-kata kesat menghina Tunku Ismail yang menjadi tular di Facebook sebelum ini.

Tunku Ismail percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu di pihak atasan untuk agenda politik.

"Baginda mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang telah menjaga rakyat mereka dengan baik dan berjaga-jaga dengan individu yang ada niat untuk memecahbelahkan rakyat. Allah Peliharakan Sultan", jelas kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Ahad.

Sumber: mStar Online | 12 Feb. 2017

50 pelajar ditempatkan di asrama berikutan jambatan rosak - ADUN Nenggiri

GUA MUSANG: Kira-kira 50 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara dan Sekolah Kebangsaan (SK) Star yang mengalami kesukaran untuk ke sekolah berikutan jambatan rosak di Kampung Pulau Setelu, dibenarkan tinggal di asrama.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Datuk Mat Yusoff Abd Ghani berkata pelajar berkenaan tidak perlu berulang-alik menggunakan bot tambang sementara menunggu jambatan berkenaan dibaik pulih.

"Asrama disediakan di kedua-dua sekolah berkenaan sementara menunggu kerja baik pulih jambatan tersebut siap yang dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan.

"Saya harap ibu bapa dapat membenarkan anak-anak mereka tinggal di asrama bagi mengelakkan mereka berdepan bahaya terutama ketika menyeberangi sungai menggunakan bot tambang," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan jambatan sementara Kampung Pulau Setelu itu yang runtuh pada 24 Jan lepas.

Jambatan itu yang menghubungkan Jalan Gua Musang-Jeli rosak akibat dirempuh arus deras Sungai Nenggiri berikutan banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini.

Berikutan itu jambatan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan dan penduduk serta pelajar sekolah terpaksa menggunakan bot tambang untuk berulang-alik setiap hari.

Mat Yusoff berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan kedua-dua sekolah berkenaan dan pihak sekolah telah memaklumkan kepadanya mengenai kekosongan asrama bagi menempatkan pelajar dan murid terbabit.

"Kerajaan tidak ada pilihan lain bagi membantu pelajar yang berdepan dengan masalah perhubungan itu kecuali membenarkan mereka untuk tinggal di asrama.

Ibu bapa pelajar terbabit juga harus faham dengan situasi itu dan anak mereka boleh pulang ke rumah seminggu sekali ketika cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu," katanya.

Sumber: Bernama | 12 Feb. 2017

Peniaga ikan ditetak di Kompleks LKIM Besut

BESUT: Seorang peniaga ikan cedera ditetak dengan pedang oleh empat individu ketika dia dalam perjalanan ke Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang berumur 60 tahun dan isterinya diserang oleh individu yang menaiki sebuah kereta sebaik mereka tiba di kompleks tersebut.

"Kejadian berkenaan disedari anak lelaki mangsa yang kebetulan berada di kawasan kompleks dan sempat mengejar kumpulan itu hingga menyebabkan kereta mereka terbabas di kawasan pintu luar kompleks.

"Namun kelima-limanya termasuk pemandu kereta itu gagal ditangkap dan mereka dapat melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Zamri berkata siasatan awal menunjukkan kereta Proton Axia itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan keretanya telah dilapor hilang di Kerteh sebelum ini.

"Kelima-lima suspek kini giat diburu dan berdasarkan tiga cap jari yang berjaya ditemui pada kereta yang digunakan suspek, kita yakin mereka akan dapat ditangkap tidak lama lagi," katanya.

Sumber: Bernama | 12 Feb. 2017

KBS anjur Separuh Maraton Antarabangsa Kelantan pada 22 April ini

KOTA BHARU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) Kelantan buat julung kalinya akan menganjurkan Separuh Maraton Antarabangsa Kelantan 2017, pada 22 April ini.

Pengerusi MSN Kelantan Datuk Rosmadi Ismail berkata program tersebut disasar menarik penyertaan kira-kira 10,000 pelari maraton dari dalam dan luar negara.

"Penganjuran acara besar ini adalah idea Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang melihat potensi besar Pantai Timur seperti Kelantan dijadikan destinasi pelancongan sukan peringkat antarabangsa terutama di rantau Asia Tenggara termasuk bagi acara maraton," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Rosmadi sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Penganjuran Separuh Maraton Antarabangsa Kelantan 2017 di Wisma MSN Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata perlumbaan maraton itu terdiri daripada empat jarak laluan iaitu 21 kilometer (km), 10km, 5km dan 3km yang akan bermula dan berakhir di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini.

Rosmadi berkata antara kategori yang dipertandingkan merangkumi kategori kanak-kanak (7 hingga 12 tahun), remaja (13 hingga 17 tahun), terbuka lelaki dan terbuka wanita (18 hingga 39 tahun) serta veteran (40 tahun ke atas).

Beliau berkata setakat ini lebih 500 peserta telah mengesahkan penyertaan masing-masing sejak pendaftaran program itu mula dibuka secara dalam talian lima hari lepas.

Rosmadi berkata KBS bagaimanapun belum memuktamadkan bentuk hadiah yang akan diberikan kepada pemenang setakat ini.

Katanya peserta yang berminat untuk menyertai larian berkenaan boleh mendaftar di www.sports360.my atau mengisi borang secara manual di MSN Kelantan.

Sumber: Bernama | 12 Feb. 2017

Foreign airlines planning to serve flights to Indonesia's Lake Toba

JAKARTA: At least three foreign airlines have been planning to serve flights to part of Indonesia's ultimate tour destinations, Lake Toba in North Sumatra province, China's Xinhua news agency reported.

As the flight services from Singapore's Tiger Air and Silk Air and Malaysian-based Air Asia are discussed by related authorities, the Lake Toba administrative agency is making preparations in Silangit airport to facilitate their flights.

Arie Prasetyo, head of Lake Toba tourism authority, said that the project to lengthen the runway in Silangit airport up to 2,650 meters is underway and expected to be settled in September.

"We already had discussions with Singapore Tourism Board, resulted in assurance that Tiger Air and Silk Air would land in Silangit airport," Arie said on Friday.

Air Asia CEO Tony Fernandes had met Indonesian Tourism Minister Arief Yahya for the same purpose, he said.

The airport now serves flights operated by domestic airlines of Sriwijaya Air and Garuda Indonesia which provide scheduled flights to Silangit with Boeing 737-500 and Bombardier CRJ1000 planes respectively.

To provide hotel and supporting accommodations for visitors, Lake Toba tourism authority has prepared 600 hectares of land for investors interested to invest in the tour destination, Arie said.

Lake Toba is a Jurassic one, created from mega volcanic explosions that occurred around 73,000 years ago in Sumatra and left behind a super wide lake with an island at the centre of it.

The lake is 100-kilometers long and 30-kilometers wide. It is the largest one in Indonesia and in Southeast Asia as well.

Source: Bernama | 12 Feb. 2017