Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 15 Mac 2014

Kereta kabel dari Bukit Fraser ke bandar Raub

RAUB: Perancangan pembinaan kereta kabel dari Bukit Fraser ke bandar Raub bakal dilaksanakan kerajaan negeri melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin (gambar) berkata, sebuah syarikat tempatan telah dilantik bagi membuat kajian supaya  projek tersebut dapat dilaksanakan segera.

Menurutnya, Bukit Fraser merupakan salah satu pusat pelancongan yang tersohor. Apabila projek bernilai jutaan ringgit itu dilaksanakan nanti, ia secara tidak langsung akan meningkatkan pembangunan daerah ini dan sekali gus dapat meningkatkan kedatangan pelancong ke destinasi ini.

“Bukit Fraser semakin menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana pelbagai kemudahan infrastruktur tambahan bernilai jutaan ringgit telah ditingkatkan dalam usaha menambah lagi pembangunan dan prasarana di sana,” katanya.

Tambahnya, lebih 15,000 pelancong mengunjungi Bukit Fraser setiap bulan dan bilangan tersebut dijangka akan terus bertambah lagi apabila projek dijalankan kerajaan termasuk pembinaan kereta  kabel siap  mengikut jadual.

“Dengan adanya projek kereta kabel yang merupakan kereta kabel kedua negeri ini selain di Genting Highlands akan menambah lagi peluang perniagaan kepada peniaga dan usahawan kecil Raub,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menggesa Majlis Daerah Raub supaya  membina lebih banyak  ruang perniagaan di daerah itu bagi menampung kekurangan tempat dan kawasan perniagaan untuk peniaga  menjalankan perniagaan.

“Pembinaan ruang dan kawasan perniagaan tersebut bukan sahaja akan dapat menempatkan para peniaga  di dalam satu kawasan tersusun yang lengkap  pelbagai kemudahan,  malah dapat mengindahkan lagi bandar Raub,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Pahang | 14 Mac 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan