GUA MUSANG: Kerajaan Pusat membelanjakan RM3 juta bagi menurap semula
jalan sejauh 27 Kilometer yang menghubungkan Aring di sini dengan Kuala
Berang di Terengganu.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh Datuk Nozula Mat Diah
berkata, kerja menurap semula tar jalan itu yang rosak sebelum ini
bermula akhir tahun lalu dan siap sepenuhnya Januari lepas dengan
pengguna dapat melalui dengan selesa.
Beliau berkata jalan berkenaan rosak kerana sering dilalui kenderaan
berat dan pihaknya banyak menerima aduan penduduk khususnya peneroka di
Tanah Rancangan Felda Aring 1.
"Jalan berkenaan sejak kebelakangan ini semakin sibuk...pengguna yang
melalui jalan itu akan dapat menjimatkan masa terutama bagi perjalanan
dari Gua Musang ke Kuala Terengganu dan sebaliknya," katanya kepada
pemberita selepas majlis Penyampaian Wang Pendahuluan Sara Hidup
Peneroka di Dataran Rancangan Kemajuan Paloh 1 di sini, hari ini.
Nozula berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang
prihatin terhadap masalah rakyat dan cepat bertindak untuk mengatasinya
terutamanya berkaitan kerosakan jalan raya.
Sumber: Bernama | 18 Mac 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan