KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) menegaskan
tiada masalah kepada umat Islam yang mengucapkan takziah, menyedekahkan
al-Fatihah serta membacakan surah Yasin kepada penumpang pesawat MH370.
Sambil menggalakkan ikhtiar tersebut, beliau berkata, dengan bacaan al-Fatihah dan Yasin, ia membolehkan mereka yang melakukannya mendapat kebaikan, malah digalakkan mengucap takziah kerana ia terletak di bawah hukum mafkud.
“Kalau kes begini, kita panggil ia sebagai hukum mafkud, iaitu baru dianggap mati, yang mana pengesahan mati perlu dilakukan oleh mahkamah syariah.
“Jadi dalam kes MH370, pada peringkat ini ia hukum mafkud, dikira orang hilang yang dianggap mati atau bahasa lebih mudah, belum sahih meninggal dunia,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak mempertikaikan ucapan takziah, bacaan Al-Fatihah dan surah Yasin kepada penumpang pesawat MH370 yang didakwa masih samar penemuannya.
Mohamad Shukri berkata, mengucapkan takziah memang perlu dibuat kerana ia ditujukan ketika berlaku perkara tidak disenangi termasuk kes kemalangan.
“Apa-apa musibah termasuk tragedi, tiada halangan untuk kita terus berdoa, ucap takziah, mengadakan tahlil dan membaca surah Yasin.
“Tahlil tidak semestinya untuk kematian, sebaliknya ia adalah salah satu zikir, jika dibuat akan dapat pahala kepada si mati dan orang berzikir,” katanya.
Justeru katanya, orang ramai dianjurkan meneruskan doa dan solat hajat bagi memudahkan urusan penemuan mencari kesan atau bangkai pesawat MH370.
Sementara itu, kata beliau, solat ghaib tidak boleh dilakukan pada masa ini memandangkan si mati perlu dimandikan terlebih dahulu oleh anak Nabi Adam (manusia).
“Kalau hilang atau tenggelam di laut, ia belum tentu dimandikan dan tidak boleh solat ghaib,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | 28 Mac 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan