BEKAS pemain perseorangan negara, Roslin Hashim (gambar) melihat penganjuran Kejohanan Badminton Sinar Harian 2014 mampu melahirkan bakat baharu untuk diketengahkan pada masa akan datang.
Jelasnya, penganjuran seumpama ini secara tidak langsung mampu melahirkan bintang yang bakal mewakili negara memandangkan buat masa kini acara perseorangan sememangnya terhad.
"Memang tepat masanya, saya lihat sambutan amat menggalakkan ia bukan sahaja golongan pertengahan malah peringkat remaja.
"Harus diteruskan dalam usaha mencungkil bakat baharu khususnya perseorangan lelaki. "Tidak mustahil bintang bakal dicipta dan menyokong penuh usaha Sinar Harian ke arah mencungkil bakat," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohd Norza Zakaria yang merasmikan kejohanan tersebut percaya kejohanan ini satu usaha Sinar Harian menyemarakkan sukan badminton di negara kita.
"BAM menyambut baik usaha ini dalam usaha merapatkan dengan pembaca sekaligus mendedahkan bakat untuk mencari penganti seperti Datuk Lee Chong Wei. "Kejohanan ini bakal jadi fenomena untuk semua rakyat bagi melibatkan diri dengan dunia badminton," katanya.
Sumber: Sinar Harian | Sukan | 22 Mac 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan