TUMPAT: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan membantu lebih 100 pengusaha serunding daging di Kampung Laut di sini menggunakan teknologi moden untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti serunding.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Hamim Samuri berkata agensi di bawah kementerian seperti SME Corp telah diminta mengenal pasti peralatan moden yang sesuai digunakan untuk pengeluaran serunding.
"Selain mengurangkan kos pengeluaran, penggunaan teknologi moden dapat memudahkan mereka memperoleh sijil halal kerana untuk memasuki pasaran antarabangsa, sijil halal adalah amat penting," katanya kepada Bernama selepas majlis ramah mesra bersama pengusaha serunding Kampung Laut di sini, Khamis.
Serunding atau sambal daging, yang lazimnya mendapat perhatian ramai menjelang musim perayaan, diperbuat daripada daging lembu, ayam atau ikan.
Hamim berkata penggunaan teknologi moden juga dapat memastikan keenakan serunding dikekalkan.
"Kebanyakan pengusaha masih menggunakan kaedah tradisional untuk menghasilkan serunding termasuk menggunakan dapur kayu untuk merebus dan menggoreng daging yang diadun dengan rempah ratus untuk dijadikan serunding," katanya.
Sumber: Bernama | 7 Mac 2014

Tiada ulasan:
Catat Ulasan