KOTA BHARU: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) nafi ada cadangan untuk memindahkan unit pembedahan jantung dan paru-paru hospital tersebut ke negeri lain.
Pengarah HRPZ II, Datuk Ghazali Hasni Md Hassan (gambar) berkata, ia hanya spekulasi pihak tertentu kerana pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu tersebut sebelum ini.
Menurutnya, ia hanya sementara sahaja kerana ketiadaan perfusionist (penolong pegawai perubatan) yang boleh mengendalikan mesin paru-paru dan hati ketika pembedahan.
“Perfusionist sedia ada dinaikkan pangkat dan ditugaskan ke Selangor menyebabkan operasi terhenti pada 19 Januari lalu namun kembali bertugas pada 3 Februari lalu selepas pihak kita mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Perkara itu menyebabkan unit tersebut terhenti empat minggu operasi, kerana perfusionist berfungsi sebagai orang yang mempunyai kepakaran mengendalikan mesin khas ketika proses pembedahan berjalan berikutan,” katanya.
Ghazali berkata, pusat ngiogram di makmal jantung invasif di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM) yang digunakan sejak 2009 masih lagi berjalan seperti biasa untuk kenal pasti atau penyiasatan tahap penyakit jantung yang dialami individu.
“Isu memindahkan unit tersebut ke negeri lain tidak mungkin berlaku kerana ia hanya menyukarkan pesakit-pesakit jantung yang datang mendatangkan rawatan di HRPZ II,” katanya.
Katanya, kebanyakan yang datang adalah mereka dari luar bandar dan berpendapatan rendah malah kos rawatan di sini tidak membebankan kerana tidak terlalu mahal.
Sehingga kini masih ada 107 pesakit dalam senarai menunggu untuk melakukan pembedahan di mana sejak unit tersebut dibuka mereka sudah melakukan 293 kes pembedahan jantung.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 23 Mac 2014

Tiada ulasan:
Catat Ulasan