SEBUT saja nama Pokku (gambar) atau nama sebenarnya, Tengku
Shahrizal Tengku Abdul Rahman, 29, pasti membuatkan lawannya kecut
perut, lebih-lebih lagi apabila terbayang kepantasan dan kekuatan
tumbukan serta tendangannya.
Begitu pun, Pokku yang membawa panji pasukan Kuda Merah akui tidak mengetahui secara terperinci lawan dari Thailand, Sangsayan menjelang Kejohanan Kuala Lumpur International Muaythai Challenge Super 4 Edition Series 2014 di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Jumaat ini.
"Saya tak pernah jumpa beliau pada pertarungan sebelum ini. Tapi, saya sudah 80 peratus bersedia dan menjalani latihan bagi kekalkan kecergasan.
"Saya harap dengan sokongan penonton dan keluarga yang hadir ke stadium akan meningkatkan keyakinan di atas gelanggang nanti," katanya yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pokku peninju tumpuan Jumaat ini yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan sudah beraksi sebanyak 210 kali dan hanya tewas lapan dan dua seri sepanjang perlawanan bagi kategori 60 kilogram.

Sumber: Sinar Harian | Sukan | 26 Mac 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan