KOTA BHARU: Beberapa anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Barisan Nasional (BN) Khamis membidas kerajaan Kelantan yang menyalah guna peruntukan penyelenggaraan jalan yang diberi oleh Kerajaan Pusat.
Perkara itu terdedah selepas Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kerja Raya, Utiliti dan Teknologi Maklumat Kelantan Hanifa Ahmad berkata kerajaan negeri akan memohon kerajaan pusat menambah peruntukan penyelenggaraan jalan kerana jumlah yang diberi sekarang tidak mencukupi.
"Peruntukan membaiki jalan tidak cukup kerana kos bertambah setiap tahun," katanya menjawab soalan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) dalam persidangan DUN di sini.
Jawapannya itu mendorong Datuk Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubur) bangun meminta penjelasan bagaimana kerajaan negeri membelanjakan RM400 juta yang diperuntuk Kerajaan Pusat bagi tujuan tersebut.
Turut bangun mempertikaikan dakwaan Hanifa ialah Mat Yusoff Abdul Ghani (BN-Nenggiri) yang berkata Laporan Ketua Audit Negara 2012 menunjukkan kerajaan Kelantan hanya membelanjakan 48 peratus daripada peruntukan penyelenggaraan jalan yang diberi oleh Kerajaan Pusat.
"Saya mempersoalkan kenapa peruntukan yang diberi itu tidak digunakan dengan secukupnya dan kenapa mendakwa bahawa peruntukan sebanyak itu tidak mencukupi dan memerlukan tambahan lagi," katanya.
Hanifa kemudian menjelaskan bahawa sebahagian peruntukan tersebut diguna untuk tujuan lain termasuk membina dewan.
Jawapan Hanifa menyebabkan anggota pembangkang terus bangun dan mengasak exco tersebut, mendorong Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob bangun dan memberi jaminan kerajaan negeri akan menggunakan peruntukan yang ada selaras dengan garis panduan yang diberi. "Dahulu tidak ada garis panduan yang tepat dan bila ada garis panduan yang ada ini kita akan patuhi," katanya.
Sementara itu kerajaan negeri juga diminta bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi berbincang mengenai pelaksanaan hukum hudud di negeri itu dan bukan sekadar memberi alasan politik kononnya kerajaan persekutuan tidak membenarkan hukum berkenaan dilaksanakan.
Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) berkata kerajaan negeri langsung tidak mengambil sebarang usaha untuk bertemu pucuk pimpinan kerajaan persekutuan bagi membincangkan perkara itu.
"Kalau tuntutan royalti yang kecil itu sahaja boleh dibawa ke peringkat pusat kenapa tidak dibincangkan pula mengenai hukum berkenaan agar boleh dilaksanakan di Kelantan dan bukannya mencari alasan untuk menyalahkan orang lain bila tidak melaksanakannya," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan kemudiannya mencadangkan agar anggota pembangkang menyertai kerajaan negeri mengadakan perbincangan itu di peringkat pusat.
Sumber: Bernama | 6 Mac 2014

Tiada ulasan:
Catat Ulasan