KUALA LUMPUR: Hentian Bas Greenwood di Batu Caves di sini yang menampung bas ekspres ke Pantai Timur akan berhenti beroperasi mulai 9 Mac.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan berkata, mulai tarikh itu bas-bas yang terjejas akan hanya beroperasi dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di Bandar Tasik Selatan.
"Bagi membantu penumpang semasa tempoh transisi ini, SPAD telah meminta perkhidmatan sambungan bas RapidKl U2 bagi membawa penumpang dari Greenwood ke stesen LRT Titiwangsa," menurut kenyataan itu.
Perkhidmatan sambungan itu telahpun mula beroperasi sejak 1 Mac bagi mememuhi permintaan yang meningkat.
Perkhidmatan sambungan itu melakukan lima perjalanan sehari mulai 6 pagi, 6.30 pagi, 6 petang, 6.30 ptg dan 7 malam.
SPAD juga berkata, penumpang dari Batu Caves, Taman Wahyu, Kampung Batu, Batu Kantonmen dan Sentul boleh menggunakan perkhidmatan komuter KTM (laluan Sentul-Pelabuhan Klang) untuk ke KL Sentral dan kemudian berpindah ke laluan Seremban-Rawang, yang akan membawa mereka ke TBS.

Sumber: mStar Online | 3 Mac 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan