Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 13 Mac 2015

Projek pembangunan sedang dilaksana di Pengkalan Kubor - KP Penerangan

TUMPAT: Kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan beberapa projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata pelaksanaan projek berkenaan adalah sebagai menunaikan janji kerajaan Persekutuan semasa pilihan raya kecil (PRK) kawasan Pengkalan Kubor pada September tahun lepas.

Beliau berkata ia termasuk projek pembinaan Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Kajang Sebidang di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), yang mula beroperasi 24 Mac ini.

"Semua kerja berkenaan berjalan lancar walaupun jajahan Tumpat sedikit terjejas akibat dilanda banjir pada Disember tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Internet 1Malaysia di Pengkalan Kubor hari ini.

Menurutnya sebuah balai dikir barat di Kampung Tujoh di sini juga akan dibina di bawah KKMM bagi memenuhi permintaan penduduk dalam usaha menyuburkan seni dan budaya tempatan.

Sementara itu, Anggota DUN Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail berkata beliau amat menghargai semua projek yang dilaksanakan di kawasan itu.

Pada PRK DUN Pengkalan Kubor 25 Sept tahun lepas, Mat Razi dari Barisan Nasional menewaskan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari dengan majoriti 2,635 undi.

Sumber: BERNAMA | 12 Mac 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan