KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis mampu menjadikan lebuh raya di negara ini bebas bayaran tol, namun ia akan mengambil masa, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar).
Malah, katanya pada masa ini kerajaan berusaha menyediakan lebuh raya tanpa tol seperti Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak serta Lebuh Raya Utama Tengah atau Central Spine Road (CSR) yang melalui Pahang ke Kelantan, bagi memenuhi keperluan tanpa membebankan rakyat.
"Kerajaan juga mengkaji struktur dan juga kadar tol melalui pelbagai inisiatif seperti penangguhan kenaikan kadar tol yang dilaksanakan beberapa kali dan seterusnya melaksanakan pemansuhan beberapa tol seperti yang telah kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan sekarang.
"Ketika ini kerajaan juga telah banyak melakukan beberapa penambahbaikan terhadap terma-terma dalam perjanjian konsesi bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi, kepentingan kerajaan dapat dipelihara dan pada masa sama, berlaku adil kepada syarikat konsesi berbanding dengan terma perjanjian di bawah legasi kepimpinan yang terdahulu," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Rosnah berkata demikian ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai ) mengenai pemansuhan tol yang bukan mustahil dilaksanakan kerajaan memandangkan empat buah tol sudah dimansuhkan iaitu Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor; Bukit Kayu Hitam, Kedah; dan Eastern Dispersal Link, Johor.
Mengulas lanjut, Rosnah berkata kerajaan juga mewujudkan klausa 'exit' yang memperuntukkan sekiranya pihak syarikat konsesi mencapai IRR (Kadar Pulangan Dalaman), perjanjian konsesi boleh ditamatkan lebih awal.
Dalam pada itu, beliau berkata sehingga 31 Dis 2017, terdapat 31 lebuh raya bertol di negara ini.
Katanya kos operasi dan penyelenggaraan tahunan berdasarkan kos semasa pada 2016 ialah RM6.82 juta hingga RM1.5 bilion bagi setiap lebuh raya yang perlu ditanggung oleh syarikat konsesi.
"Kos tersebut bergantung kepada antaranya panjang lebuh raya, geometrik lebuh raya, jumlah trafik dan faktor geografi," katanya.
Katanya jumlah kutipan tol oleh syarikat konsesi pada 2016 adalah antara RM27 juta hingga RM2.867 bilion.
Sumber: Bernama | 8 Mac 2018

Tiada ulasan:
Catat Ulasan