Asrul Seli (tengah) diumumkan sebagai pelajar terbaik Orang Asli dalam STPM peringkat
negeri Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra (SMKTIP), Gua
Musang, Kelantan, kelmarin.
|
Malah pemuda dari Suku Temiar itu dinobatkan sebagai pelajar terbaik Orang Asli STPM negeri ini setelah mendapat keputusan cemerlang 1A, 3B dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.25.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra (SMKTIP) itu berkata, kejayaannya tersebut adalah untuk bapanya, Seli Angah, 42, dan ibunya, Salina Atan, 42, yang tinggal di Kampung Langsat, Kuala Betis dekat sini kerana tidak putus-putus memberikan semangat kepadanya.
“Saya bersyukur dapat membuktikan kepada keluarga bahawa saya dapat buat yang terbaik walaupun keputusan peperiksaan saya sebelum ini biasa saja.
“Saya berbangga kerana dapat menutup mulut sesetengah masyarakat luar yang sebelum ini melabelkan Orang Asli malas belajar,” katanya ketika ditemui di SMK Tengku Indra Petra, semalam.
Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah - Kelantan | 8 Mac 2018 | Terbitan 9 Mac 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan