Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 13 Mac 2018

Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai: Kerajaan Persekutuan luluskan RM5.7j bagi pembinaan susur keluar tambahan

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan 5.7 juta ringgit bagi membina susur keluar tambahan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai, Fasa 1B dari Pasir Hor ke Kampung Perol.

Projek dalam pembinaan itu di jangka mengambil masa selama enam bulan untuk siap sepenuhnya.

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, MTPNK, Datuk Seri Mustapa Mohamed, laluan tersebut hampir siap setahun lalu, namun menjadi projek gajah putih dan tidak dapat di gunakan kerana tiada susur keluar selain laluan fasa 2A masih dalam proses pembinaan.

Laluan Pasir Hor ke Perol sejauh lebih 7 kilometer adalah sebahagian daripada pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan bernilai 1.8 bilion ringgit sejauh 73 kilometer.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat MTPNK berharap perkara itu dapat diatasi sebaik mungkin.

Terdahulu berlangsung majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM yang diumumkan minggu lalu.

Enam buah sekolah turut menerima sumbangan atas pencapaian cemerlang STPM.

Sumber: Berita RTM | 11 Mac 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan