Datuk Abdullah Mat Yasin (tiga kiri) bersama rombongan yang berkunjung ke Golok, Narathiwat sempena Lawatan Inovasi Bersama Media 2018 hari ini. |
Ketua Jajahan Golok, Precha Nuan Noey berkata, tahap keselamatan di Golok merupakan salah satu perkara yang diberikan keutamaan oleh kerajaan Thailand.
“Saya beri jaminan pekan ini 100 peratus selamat dari ancaman keganasan dan pelancong dari Malaysia tidak perlu takut untuk ke mari.
“Kawalan keselamatan di kawasan ini sentiasa diperketatkan dan dikawal 24 jam oleh anggota pasukan keselamatan yang bertugas,” katanya selepas menerima Lawatan Inovasi Media 2018 di Sungai Golok hari ini.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin dan Pengarah Penerangan negeri, Azhar Ismail.
Pekan Golok merupakan salah satu pintu masuk utama dari Kelantan ke Thailand selain Takbai di Tumpat dan Buketa (Jeli).
Sumber: Utusan Online | Pelancongan | 17 Mac 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan