Hanafi (empat, kiri) semasa menyampaikan ucapan pada program ‘Jualan Muroh Ko Rakyat’ di Kubang Bemban. |
Setiausaha Umno negeri, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, penubuhan itu sudah dimaktubkan dalam manifesto parti itu.
“Penubuhan Universiti al-Quran ini amat bertepatan dengan cara hidup rakyat Kelantan yang menggemari ilmu agama.
“Jadi kita akan terus suburkan perkembangan ilmu ini dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Menurutnya, selain itu aspek pembangunan dan kebajikan rakyat termasuklah golongan belia serta kaum minoriti turut diselitkan dalam manifesto PRU14 nanti.
Katanya, semua kerangka itu telah dirumuskan dengan baik bagi memastikan parti itu mampu menepati cita rasa rakyat Kelantan.
Hanafi yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Mas berkata, sudah tiba masanya rakyat Kelantan memberi ruang kepada Umno untuk mentadbir negeri ini.
Katanya, rekod 60 tahun parti itu mentadbir negara ini dengan jayanya perlu dijadikan sandaran oleh rakyat Kelantan untuk memberi mandat kepada Umno.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 3 Mac 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan