Mohamad (depan dua, kanan) bersalaman dengan penerima sumbangan Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri, hari ini. |
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebelum itu akan berlangsung prapelancaran secara pentadbiran dijadualkan minggu kedua April tahun ini.
“Sepanjang tempoh itu, akan dibuat raptai memandangkan kita tidak macam negeri lain yang ada cuma satu entiti dalam proses berkenaan.
“Macam sekarang, kita ada dua entiti iaitu MPS (Majlis Perbandaran Seremban) dan MPN (Majlis Perbandaran Nilai) yang akan dicantumkan sebagai Majlis Bandaraya Seremban.
“Pada masa itu, kita akan bentangkan enakmen untuk menjadikan Seremban sebagai bandar raya pada Sidang DUN nanti,” katanya pada sidang media, hari ini.
Mohamad juga memberi jaminan tiada kenaikan cukai sepanjang tempoh tersebut.
“Kita tidak akan usik cukai. Sebaliknya kekal macam itu dulu dan tiada semakan apa-apa, termasuk pelesenan.
“Sehingga satu ketika nanti, kita akan cuba selaraskannya sebab sekarang ada perbezaan antara MPS dan MPN,” katanya.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Melaka & Negeri Sembilan | 28 Februari 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan