Sukarelawan
yang terlibat dalam gotong-royong perdana membersihkan Pantai Senok di Bachok,
Kelantan, baru-baru ini.
|
Gotong-royong perdana itu dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersama-sama pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), politeknik dan kolej vokasional di negeri ini. Turut serta 40 orang profesor.
Aktiviti itu yang melibatkan kerja-kerja membersihkan pantai daripada sampah-sarap menjadi permulaan kepada Program Kelestarian Alam Semula Jadi yang bermatlamat untuk menerapkan budaya menjaga kebersihan secara lestari dalam kalangan rakyat negeri ini khususnya pengunjung destinasi pelancongan seperti Pantai Senok.
Upacara perasmian disempurnakan Timbalan Presiden MPN, Prof. Kamarudin Said dan Timbalan Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Ibrahim Che Omar.
Prof. Kamarudin Said merasmikan
gotong-royong perdana membersihkan Pantai Senok di Bachok, Kelantan, baru-baru
ini.
|
Penganjur berharap dengan memastikan kebersihan pantai yang semulajadi cantik, lebih ramai pelancong dalam dan luar negeri mengunjungi Pantai Senok dan sekaligus memberikan impak ekonomi kepada penduduk tempatan.
Sumber: Utusan Malaysia | 17 April 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan