Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (depan) menyampaikan tazkirah kepada bekas penagih dadah di Masjid Gong Chapa, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. |
PASIR PUTEH: Seramai 30 bekas penagih dadah diberi tazkirah selama satu jam selepas solat Zohor berjemaah di Masjid Gong Chapa, dekat sini hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Imam Masjid itu, Adnan Mohd. Ghani masing-masing mengisi slot tazkirah dalam menjayakan Program Salam Ibadat anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh.
Sementara itu, Asyraf Wajdi, tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan namun setiap keterlanjuran itu diberi ruang oleh ajaran Islam untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
"Perkara utama ialah mendirikan tiang agama dengan mentaati solat lima waktu, bersosial dengan jemaah masjid dan berpegang bahawa mendirikan solat dengan sempurna adalah benteng kemungkaran.
"Jangan putus asa dalam kehidupan seharian kerana usaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan sahaja boleh menjamin seseorang itu tidak kembali terjerumus melakukan kesalahan yang dimurkai Allah," katanya.
Katanya, selain ditegah oleh Islam penyalahgunaan dadah adalah musuh nombor satu negara yang memerlukan sokongan pelbagaj pihak termasuk bekas penagih sendiri memeranginya.
Sumber: Utusan Online | Wilayah - Kelantan | 25 April 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan