Mustapa Mohamed |
KOTA BHARU: Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bersifat holistik kerana rakyat negeri ini juga turut mendapat manfaat.
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, hal ini kerana manifesto yang diumumkan semalam akan mempercepatkan proses pembinaan lebuh raya Gua Musang ke Kota Bharu.
“Kalau ikut perancangan lebuh raya berkenaan akan siap pada 2025. Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan mempercepatkan proses pembinaan tersebut supaya ia dapat digunakan oleh rakyat negeri ini khususnya.
“Dalam pada itu, saya juga berharap dan memohon agar Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dapat disambungkan dari Kuala Berang sehingga ke sempadan Terengganu (Setiu) dan sampai ke seluruh Kelantan. Perkara itu tidak disebutkan semalam kerana rakyat negeri ini juga ingin perkara sama,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Pembangunan Keusahawanan Bumiputera Bahtera 2018 di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah.
Najib semalam melancarkan Manifesto BN bagi PRU-14 di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Sumber: Utusan Online | 8 April 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan