Dadah yang disyaki pil kuda dirampas dari suspek di parkir sebuah pasaraya di Lembah Sireh, di sini Rabu lalu. |
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang, suspek berusia 22 tahun ditahan ketika sedang menaiki motosikal Honda C100 di parkir bahagian hadapan pintu masuk pasar raya berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, suspek ditahan hasil maklumat awal oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.
Menurutnya, semasa pemeriksaan dijalankan terhadap suspek, anggota menemukan satu beg galas disilang pada badannya yang mengandungi tiga peket plastik berisi 600 biji disyaki pil kuda.
“Suspek juga pernah ditangkap dua kali yang melibatkan kesalahan dadah.
“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Sumber: Utusan Online | 20 April 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan