Projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan LTSIP bernilai
RM483 juta di Pengkalan Chepa adalah antara beberapa projek berimpak tinggi
yang dilaksana di bawah RMKe-11.
|
Dua daripada projek itu, masing-masing dua projek siap sepenuhnya dan hampir siap, 24 projek sedang dilaksanakan, manakala 30 lagi bakal bermula.
Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Kelantan bernilai RM40 juta sebagai kaedah alternatif dalam memastikan kesediaan bekalan elektrik mencukupi kepada penduduk, siap sepenuhnya, Januari lalu.
Projek pembinaan rumah angkatan tentera di Kem Desa Pahlawan, yang berharga RM97.52 juta pula siap dan boleh diduduki pada Oktober tahun lalu.
Projek Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (Pakej 1b Pasir Hor - Kadok), yang membabitkan RM310.5 juta mencapai 98 peratus, manakala Hospital Kuala Krai bernilai RM304.7 juta hampir siap dan akan dirasmikan, tidak lama lagi.
364 projek bernilai RM14.83 bilion
Antara projek yang akan dan sedang dibina pula ialah menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra membabitkan kos RM483 juta; Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai membabitkan Pakej 2B Ketereh ke Kok Lanas (RM229.79 juta); Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai Pakej 2A Kadok-Ketereh (RM189.28 juta); serta Projek Central Spine Road (CSR) atau Jalan Lingkaran Tengah Pakej 3 Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang (RM253.5 juta).
Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Yahaya Mamat, berkata semua projek itu adalah antara 364 projek bernilai RM14.83 bilion yang dilaksana di Kelantan.
Katanya, Kerajaan Persekutuan juga akan membina jejambat dari Kota Bharu ke Bulatan Wakaf Bharu bernilai RM144.49 juta, yang bakal mengatasi kesesakan di kawasan berkenaan.
Salur pelbagai bantuan, peruntukan
"Kementerian Kewangan juga menyediakan peruntukan geran tahunan kepada Kelantan bernilai RM350 juta sehingga Oktober tahun lalu," katanya.
Berikutan banjir besar pada 2014, Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM71.45 juta bagi membina 1,299 rumah kekal baharu (RKB) untuk mangsa banjir yang hilang kediaman, selain membaik pulih 5,003 rumah dengan kos keseluruhan RM14.3 juta.
Kerajaan Persekutuan juga menyalurkan peruntukan RM90.13 juta, membabitkan 701 projek dari 2014 hingga 2017, untuk membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam penyelenggaraan dan menaik taraf kawasan pentadbiran.
"Ini supaya rakyat boleh menikmati taraf sosio ekonomi yang selesa," katanya.
Peruntukan berjumlah RM78.02 juta dibelanjakan sejak 2005 bagi pembinaan 25 masjid, termasuk masjid terbesar di Malaysia, iaitu Masjid Tengku Razaleigh, Gua Musang, bernilai RM35.3 juta yang dijangka siap, tahun depan.
Sumber: Berita Harian | 3 April 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan