Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 19 April 2018

Lebih 20,000 hadir pelancaran Manifesto BN Kelantan

Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika menbentangkan Manifesto BN Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar Kelantan (RTC Kelantan).
KOTA BHARU: Lebih 20,000 penyokong Barisan Nasional (BN) negeri ini hadir pada majlis pelancaran manifesto parti tersebut di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di sini malam ini. 

Manifesto yang bertemakan ‘Bersama Demi Kelantan’ itu dibentangkan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan seluruh kepemimpinan parti itu. 

Akujanji yang mempunyai tujuh jaminan itu berteraskan kepada Kelantan ‘Daulah Mardatillah’, negeri yang diberkati Allah SWT. 

Di antara akujanji BN untuk rakyat negeri ini adalah: -
  1. Menubuhkan universiti al-Quran 
  2. Mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah tahfiz model Ulul-Albab. 
  3. Memperkasakan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan mempertingkatkan kebajikan guru-guru YIK. 
  4. Mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan dan keusahawanan khususnya untuk golongan belia. 
  5. Menghapuskan cukai tanah pertanian bagi pemilik tanah dua ekar ke bawah. 
  6. Mengkaji semula perjanjian Ladang Rakyat bagi membolehkan sebahagian tanah kembali kepada rakyat. 
  7. Membina 20,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah baharu bagi generasi kedua FELDA dan KESEDAR di seluruh negeri. 
  8. Memberi geran tahunan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan persatuan-persatuan bola sepak daerah. 
  9. Membina stadium dan kompleks sukan negeri di Machang. 
  10. Membina sebuah hospital khusus bagi wanita dan kanak-kanak untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kebajikan mereka. 
Dalam pada itu BN juga berjanji akan membawa lapan perubahan dalam tempoh 100 hari jika menang dalam PRU-14. Lapan janji tersebut adalah: - 
  1. Menurunkan kadar premium dan cukai tanah. 
  2. Menyediakan perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap dan berkesan. 
  3. Mewujudkan jawatankuasa Hisbah untuk memantau tadbir urus dan mengenal pasti penambahbaikan untuk dilaksanakan. 
  4. Memberi diskaun bagi tunggakan cukai pintu, menghapuskan tunggakan bayaran sewa tapak dan mengkaji semula cukai PBT lain. 
  5. Menghapuskan kutipan cukai kepala bakul. 
  6. Memudahkan prosedur permohonan lesen bagi penjaja dan peniaga kecil. 
  7. Mengkaji semula kadar bayaran parkir bermeter. 
  8. Mewujudkan pasukan petugas (taskforce) bagi memerangi gejala dadah dengan lebih berkesan. 
Sumber: Utusan Online | 19 April 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan