KUALA LUMPUR: Berikut merupakan intipati utama Manifesto Barisan Nasional (BN) Pusat yang dibentangkan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 7 April lepas di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang berkaitan dengan negeri Kelantan:-
- Menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan.
- Membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor.
- Membina Lebuh Raya Laluan Lingkaran Tengah atau Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) yang menghubungkan Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas serta memacu pertumbuhan ekonomi baharu di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
- Menyiapkan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) dari Kuala Nerus, Terengganu sehingga Pengkalan Kubor, Kelantan.
- Membaik pulih infrastruktur landasan dan jambatan kereta api Pantai Timur.
- Membina loji rawatan pembentungan wilayah di Bandar Baharu Tunjong, Kota Bharu, Kelantan yang merangkumi 34.9 kilometer (km) saluran paip pembentungan yang bakal memanfaatkan kira-kira 300,000 penduduk.
- Menubuhkan Universiti Al-Quran
Pada 19 April pula, BN Kelantan telah melancarkan Manifesto BN Kelantan bertempat di Pusat Transformasi Luar Bandar Kelantan (RTC Kelantan) di Bandar Baharu Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.
Manifesto yang bertemakan ‘Bersama Demi Kelantan’ itu dibentangkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan seluruh kepemimpinan parti itu.
Akujanji yang mempunyai tujuh jaminan itu berteraskan kepada Kelantan ‘Daulah Mardatillah’, negeri yang diberkati Allah SWT. Di antara akujanji BN untuk rakyat negeri ini adalah: -
- Menubuhkan Universiti Al-Quran.
- Mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah tahfiz model Ulul-Albab.
- Memperkasakan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan mempertingkatkan kebajikan guru-guru YIK.
- Mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan dan keusahawanan khususnya untuk golongan belia.
- Menghapuskan cukai tanah pertanian bagi pemilik tanah dua ekar ke bawah.
- Mengkaji semula perjanjian Ladang Rakyat bagi membolehkan sebahagian tanah kembali kepada rakyat.
- Membina 20,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah baharu bagi generasi kedua FELDA dan KESEDAR di seluruh negeri.
- Memberi geran tahunan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan persatuan-persatuan bola sepak daerah.
- Membina stadium dan kompleks sukan negeri di Machang.
- Membina sebuah hospital khusus bagi wanita dan kanak-kanak untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kebajikan mereka.
- Menaik taraf destinasi pelancongan utama Kelantan seperti Pantai Irama, Pantai Melawi, Pantai Sri Tujoh dan membangunkan produk-produk pelancongan baharu.
- Mempercepatkan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai.
- Menghubungkan Kelantan dengan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).
- Menaik taraf Lebuh Raya Timur - Barat dari Gerik ke Jertih.
- Menyediakan jaringan pengangkutan awam bersepadu dan cekap di Kota Bharu.
- Mewujudkan terminal bas bersepadu di Kota Bharu.
- Membina had pengangkutan awam di setiap jajahan.
- Membantu membangunkan Pelabuhan Tok Bali untuk kegiatan import eksport dan pusat industri.
- Menghentikan aktiviti pembalakan buat sementara waktu dan mengkaji semula pemberian lesen pembalakan.
- Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dan meningkatkan kadar liputan air terawat kepada 80 peratus.
- Menurunkan kadar premium dan cukai tanah.
- Menyediakan perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap dan berkesan.
- Mewujudkan jawatankuasa Hisbah untuk memantau tadbir urus dan mengenal pasti penambahbaikan untuk dilaksanakan.
- Memberi diskaun bagi tunggakan cukai pintu, menghapuskan tunggakan bayaran sewa tapak dan mengkaji semula cukai PBT lain.
- Menghapuskan kutipan cukai kepala bakul.
- Memudahkan prosedur permohonan lesen bagi penjaja dan peniaga kecil.
- Mengkaji semula kadar bayaran parkir bermeter.
- Mewujudkan pasukan petugas bagi memerangi gejala dadah dengan lebih berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan