Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 11 Oktober 2016

Shell pergiat kempen keselamatan di stesen minyak kepada murid sekolah

TANAH MERAH: Syarikat pengeluar minyak petrol dan diesel, Shell mempergiat kempen kesedaran keselamatan terutama terhadap murid sekolah bagi mengurangkan kadar kemalangan di stesen minyak dan jalan raya.

Pengurus Runcit Shell Wilayah Timur Mohammad Hafiz Azizan berkata program itu merupakan tanggungjawab sosial syarikat itu bagi mempertingkat kesedaran dalam kalangan masyarakat berkaitan kemalangan yang boleh berlaku di dua tempat tersebut.

"Di bawah program ini, kami tekankan kepada murid serta ibu bapa mengenai beberapa perkara bahaya yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan terutama di stesen minyak.

"Antaranya seperti menghidupkan enjin, bermain telefon dan merokok kerana ia boleh mencetuskan kebakaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Shell Kami Prihatin 2016 sempena Kempen Kesedaran Keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ipoh di sini, hari ini.

"Kami berharap dengan usaha yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan semasa berada di stesen minyak terutamanya melibatkan kanak-kanak sekolah rendah," katanya.

Sumber: Bernama | 11 Okt. 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan