Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 20 April 2018

KKLW berjaya atasi masalah bekalan air di tiga kampung di Machang

MACHANG: Projek menaik taraf bekalan air bernilai RM700,000 oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berjaya mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi 1,500 penduduk di tiga kampung di sini.

Kampung terlibat ialah Dewan Besar, Telaga Tujuh dan Kampung Dewan Kecil yang membabitkan 300 rumah, dan sebahagian besar penduduk adalah penoreh getah.

Timbalan menteri kementerian itu, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata projek siap pada awal tahun ini melibatkan kerja-kerja menukar paip lama yang tidak berupaya menyalurkan bekalan air mencukupi kepada penduduk terbabit.

"Mereka mendapat bekalan air secara percuma diperoleh daripada kawasan tadahan air di Bukit Chabang Tongkat terletak tidak jauh dari rumah mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Bekalan Air Sistem Alternatif di Kampung Dewan Kecil di sini, hari ini.

Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata penduduk terbabit menggunakan bekalan air dari kawasan bukit berikutan pihak kerajaan negeri gagal mengatasi masalah bekalan yang sering terputus serta tekanan air rendah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan Penduduk kampung berkenaan, Kamarulzaman Yaacob, 45, berkata penduduk dari tiga kampung terbabit kini tidak lagi menghadapi masalah bekalan air.

Beliau berkata sebelum ini, kebanyakan penduduk terpaksa mendapatkan bekalan air daripada telaga tiub dengan perbelanjaan agak besar.

Sumber: Bernama | 20 April 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan