Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 18 April 2018

Hidangan istimewa di Hotel Holiday Villa Kota Bharu

Chef Eksekutifnya, Norhisyam Mustapha menunjukkan antara hidangan utama bertemakan tradisi nostalgia yang disediakan di Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu sempena bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi. 
KOTA BHARU: Sempena bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi, Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu menjemput orang ramai menikmati keenakan pelbagai hidangan yang bertemakan tradisi nostalgia. 

Chef Eksekutifnya, Norhisyam Mustapha berkata, sebanyak 98 jenis hidangan tradisi negeri Cik Siti Wan Kembang akan menemui pelanggan sepanjang bulan Ramadan ini. 

Menurutnya, untuk Ramadan kali ini, pihaknya lebih mengutamakan menu utama yang menyediakan minimum 10 hidangan selain membuka lima buah gerai makanan ringan termasuk colek. 

“Antara menu utama yang disediakan adalah ayam bakar perapan tradisi Kelantan, sup gear box, kuzi rusuk kambing bersana roti pita, ikan singgang, masak tempoyak dan banyak lagi. 

“Selain itu, kita turut menyediakan pelbagai jenis sajian pencuci mulut termasuk menu istimewa aiskrim kelapa, cincau karamel dan ais cendol tapai,” katanya di sini hari ini. 

Norhisyam berkata, pengalaman menikmati hidangan penuh istimewa itu ditawarkan pada harga RM59 bagi dewasa manakala RM28 untuk kanak-kanak. 

“Untuk hari minggu pula, harga yang ditawarkan berbeza iaitu RM64 bagi dewasa manakala RM32 untuk kanak-kanak,” katanya. 

Dalam pada itu, sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini, Norhisyam berkata, pihaknya juga turut menyediakan hidangan istimewa pada 9 Mei iaitu hari mengundi. 

Beliau berkata, hidangan untuk makan tengah hari itu akan disediakan kepada pelanggan dengan berkonsepkan nasi ulam. 

“Untuk hidangan makan tengah hari bermula pukul 12 tengah hari sehingga 2.30 petang itu ditawarkan dengan harga RM40 bagi setiap pelanggan. 

“Manakala untuk minum petang yang bermula pukul 3 hingga 5 petang, kita menyediakan pelbagai hidangan ringan seperti sandwich, colek, teh tarik dan sebagainya,” katanya.

Sumber: Utusan Online | 18 April 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan