Ahmad Jazlan Yaakub (tengah) bersama peserta Risda Kelantan yang menerima replika cek dalam Majlis Penyampaian Dividen Risda di Machang, Kelantan, semalam |
Beliau berkata, tuduhan yang sengaja dicetuskan kembali oleh pihak pembangkang itu bertujuan memburukkan BN.
“Saya nafikan sama sekali dakwaan kononnya BN akan membina pusat hiburan seperti disko dan pusat judi sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di negeri ini.
“Malah, saya juga rela meletakkan jawatan sekiranya perkara itu berlaku. Ini adalah usaha terdesak pihak pembangkang yang sering kitar semula isi ceramah mereka dengan tujuan memburukkan BN,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Penyampaian Dividen Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Peringkat Nasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Jazlan yang juga penyandang kerusi Parlimen Machang berkata, BN negeri ini tidak berhasrat menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau isu ketidakpuasan hati dalam kalangan penyokong.
Menurutnya, ini kerana calon yang digugurkan juga sudah menerima dengan hati terbuka.
“Semalam secara jelas sudah menunjukkan sambutan baik dalam kalangan penyokong BN terhadap semua nama calon yang diumumkan bagi bertanding dalam PRU-14.
“Mungkin ada rasa sedikit tidak puas hati dalam kalangan calon yang digugurkan mahupun penyokong di kawasan berkenaan namun tidak sampai tempoh 48 jam penyokong yang asalnya tidak berpuas hati sudah bersatu kembali kerana kita harus sedar yang lebih utama adalah memastikan kemenangan BN di negeri ini,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia | Wilayah - Kelantan | 24 April 2018 | Terbitan 25 April 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan