Zainab menunjukkan tembikar yang dihasilkannya. |
KUALA KRAI: Industri pembuatan tembikar di Mambong bukanlah sesuatu
yang asing bagi masyarakat Kuala Krai kerana telah diusahakan oleh
pasangan warga emas, di sini, sejak lebih 50 tahun lalu.
Kebolehan Zainab Husin, 66, dan suaminya, Hashim Konot, 67, menghasilkan pelbagai jenis serta saiz tembikar sememangnya tidak boleh dipertikaikan.
Malah, dengan kemahiran dan kebolehan dimiliki itu jugalah yang membawa mereka ke merata negeri untuk mempromosikan hasil kerja tangan tersebut.
Bagi Zainab, ia pengalaman dan kenangan sangat berharga, malah dia juga bersyukur kerana pelbagai pihak memberikannya peluang mengetengahkan bakatnya itu.
"Biasanya pihak kraf tangan akan membawa kami menyertai pameran bagi membolehkan orang ramai mengenali produk dihasilkan, antaranya di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan Melaka.
"Insya-Allah, makcik juga berhasrat mengadakan pameran di luar negara bagi memperkenalkan tembikar Mambong, cuma tidak pasti bila ia jadi kenyataan," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, melalui pameran yang disertainya itu juga, ia turut membantunya menambahkan sumber pendapatan kerana orang ramai berminat dengan produk dihasilkan, selain menerima tempahan orang ramai dari sekitar Kuala Krai.
Katanya, kemahiran yang jarang dimiliki rakyat negara ini membuatkan banyak pihak mencari mereka untuk pelbagai tujuan termasuklah membuat kajian dan belajar menghasilkan tembikar.
“Ada penuntut universiti yang datang ke sini dan berkampung selama seminggu untuk belajar membuat tembikar tetapi kemahiran ini sebenarnya sukar untuk dipelajari dalam tempoh singkat.
"Makcik dulu belajar dalam tempoh seminggu daripada datuk tetapi sebelum itu telah biasa melihat dia membuat tembikar, jadi ia secara tidak langsung membantu makcik menguasai kemahiran ini dengan cepat," katanya.
Ibu 10 anak ini berkata, dia mampu menyiapkan lima tembikar dalam masa sehari dengan dibantu anak ketujuhnya yang menunjukkan minat membuat tembikar.
Menurutnya, hasil kerja tangannya itu biasanya dijual bermula dengan harga RM2 sebuah, bergantung kepada bentuk dan saiz.
"Sebelum ini ada pihak mahu membantu memberikan mesin untuk menghasilkan tembikar tetapi kami menolak kerana telah biasa membentuk tembikar menggunakan tangan," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 19 April 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan