Aron sentiasa doakan abangnya berubah. |
SAIZNYA begitu kecil, dengan berat sekitar hanya beberapa miligram,
namun pil kuda mampu membuatkan kehidupan individu yang mengambilnya
berubah.
Hubungan kekeluargaan yang akrab menjadi kucar kacir, pekerja yang mempunyai rekod yang baik akan merudum reputasi dan disiplinnya.
Perubahan tersebut turut memberikan impak negatif kepada individu sekeliling termasuk jiran tetangga dan komuniti setempat.
Kehidupan berubah gara-gara pil kuda
Angkara pil kuda jugalah sebuah keluarga di sini sentiasa bimbang dan berada dalam ketakutan apabila salah seorang ahli keluarga mereka mengambil bahan terlarang ini.
Seorang lelaki hanya mahu dikenali Aron mendakwa, pil kuda diambil abangnya ketika menginjak usia 20 tahun hampir merubah seratus peratus kehidupan lelaki itu.
Daripada seorang yang agak peramah dan disenangi rakan-rakan, abangnya itu berubah sikap menjadi seorang yang berang, pemarah serta tidak boleh ditegur sesiapa termasuk kedua ibubapanya.
Aron berkata, ketika di alam persekolahan abangnya seorang yang bijak dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran serta berhasrat melanjutkan pengajian ke universiti.
Menurutnya, perubahan sikap abangnya dapat dilihat dengan jelas apabila dia gagal melanjutkan pengajian ke universiti.
“Abang seolah-olah kecewa bila hasrat dia tidak tercapai, dia pernah bekerja di beberapa tempat tetapi hanya untuk beberapa bulan sahaja di setiap tempat. “Abang tidak boleh ditegur selain sukar menerima arahan," katanya.
Tambah Aron, kesan pengambilan pil turut dikenali metaphetamine ini juga menyebabkan abangnya seringkali mengamuk untuk membakar rumah serta turut mencederakan ahli keluarga.
Kerap mengamuk
Bagi Aron, dia terlalu sedih, abang yang agak rapat dengannya suatu ketika dahulu seolah-olah menjadi orang tidak pernah dikenalinya kerana sanggup derhaka dengan orang tuanya.
“Abang kini sudah jadi seperti orang asing, dia kerap mengamuk dengan emak. Adik beradik kami pernah disepak kerana rasa tidak puas hatinya, selain kerap bergaduh dengan ahli keluarga.
“Kini abang bukan ambil pil untuk kegunaan sendiri sebaliknya dijual,” katanya.
Aron berkata, dia sedih perubahan hidup abangnya sejak 10 tahun lalu membuatkan kehidupan ibubapanya tidak tenteram seperti orang kerana bimbang keselamatan diri serta risaukan anaknya yang semakin tersasar dari landasan hidup yang sebenar.
Angkara pil kuda juga, abangnya pernah beberapa kali masuk penjara. Tetapi apa yang membuatkan Aron lebih kecewa, setiap kali dilepaskan dia seperti tidak serik kerana akan kembali dengan tabiat lamanya.
Setiap kali keluar penjara, kawan-kawannya datang mencarinya dan dia akan kembali dengan gaya hidup lama walaupun telah menpunyai anak isteri.
Mahu abangnya kembali ke pangkal jalan
Jauh disudut hati Aron sentiasa berharap abangnya kembali ke pangkal jalan serta menjalani kehidupan seperti orang kebanyakkan.
Kasih sayangnya pada abangnya tidak pernah pudar walaupun lelaki itu mengambil pil terlarang dan doa untuk abangnya kembali ke pangkal jalan tidak pernah padam. Katanya, dia yakin abangnya juga turut menpunyai impian meninggalkan kerjaya lamanya.
“Saya pernah dengar rintihan abang sewaktu bangun awal pagi untuk buang air, abang berdoa seolah-olah dia telah menyesal dengan apa yang telah dilakukannya selama ini. “Namun saya agak sedih, abang hendak berubah tetapi tidak pernah berusaha ke arah itu,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 21 April 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan