Abu Hassan Hasbullah (dua dari kanan) bercerita mengenai penubuhan Monsun. |
KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, Fakulti Teknologi
Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
menubuhkan sebuah syarikat produksi bagi tujuan mengembangkan bakat
keusahawanan pelajar di bidang kreatif industri perfileman tempatan.
Menurut Dekan FTKW, Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah, syarikat yang
diberi nama Monsun Produksi itu akan memberi peluang kepada pelajar
untuk menimba pengalaman dan merasai pekerjaan sebenar dunia kreatif
perfileman.
"Sudah tiba masanya pelajar-pelajar ini menimba ilmu secara praktikal. "Pihak kami mahu mereka bekerja setaraf penggiat filem profesional sekali gus mampu memasarkan produk mereka," katanya.
Abu Hassan ditemui pada pelancaran Monsun Produksi di Perbadanan Kemajuan Filem Negara (Finas) di sini pada Jumaat.
Majlis pelancaran itu turut dihadiri Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose dan Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah.
Tambah Abu Hassan, menerusi Monsun Produksi, pelajar-pelajarnya kini sedang menyiapkan sebanyak tiga buah filem berjudul Guruh, Kemarau dan Monsun termasuklah penubuhan sebuah kumpulan muzik bernama Monsun.
"Penghasilan empat produk ini menunjukkan pelajar-pelajar ini setaraf dengan penerbitan-penerbitan filem komersial tempatan.
"Selain itu, pencapaian ini juga sebagai bidang ilmu buat para pelajar meliputi produksi filem,muzik, animasi dan media interaktif," ujarnya.

Sumber: mStar Online | 5 April 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan