KOTA BHARU: Orang ramai dijemput menyaksikan Pameran 
Sejarah Raja Jembal yang berlangsung di Muzium Negeri, di sini bermula 
hari ini hingga 5 Mei ini.
Pameran selama sembilan hari tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan 
Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) dengan kerjasama Perbadanan Muzium 
Negeri Kelantan (PMNK).
Yang Dipertua PKRJK, Nik Yusuf NIk Muhamad berkata, pameran itu 
bertujuan berkongsi kisah kewujudan Raja Jembal yang menjadi sebahagian 
daripada sejarah awal Kesultanan Kelantan.
Raja Jembal merupakan sebuah institusi beraja yang memerintah 
Kelantan pada abad ke-17 dan ke-18 dengan pusat pentadbirannya terletak 
di Kota Jembal yang turut dikenali sebagai Kedai Lalat.
Kerajaan Jembal berakhir pada 1725 apabila Raja Kechil Sulong 
menyerahkan takhta kerajaan kepada Long Bahar atau Tuan Besar dari 
Patani yang berkahwin dengan kakaknya, Raja Pah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri perasmian 
pameran itu yang disempurnakan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul
 Aziz Nik Mat di Muzium Negeri, di sini kelmarin.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Md. Anizam Abd. Rahman.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz yang juga berketurunan Raja Jembal 
menyifatkan pameran tersebut menjadi platform terbaik untuk rakyat, 
khususnya generasi muda mempelajari sejarah Raja Jembal dan keistimewaan
 keturunannya.
Antara keistimewaan keturunan Raja Jembal, kita amat menitikberatkan
 perkara berkaitan keturunan. Jika ada yang melakukan zina, mereka akan 
terputus hubungan keluarga. Jadi keturunan Raja Jembal yang ada pada hari ini adalah bersih dari zina," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 29 April 2014 | Terbitan 30 April 2014 
KOTA JEMBAL | KEDAI LALAT | JALAN RAJA SAKTI | JALAN RAJA BAHAR | JALAN RAJA OMAR | JALAN LONG SULAIMAN | LORONG PEJABAT PENGGAWA | LORONG PASAR KOTA JEMBAL | SK KOTA JEMBAL | SK RAJA BAHAR | SMK RAJA SAKTI | RAJA LOYOR | PEJABAT PENGGAWA DAERAH SERING
KOTA JEMBAL | KEDAI LALAT | JALAN RAJA SAKTI | JALAN RAJA BAHAR | JALAN RAJA OMAR | JALAN LONG SULAIMAN | LORONG PEJABAT PENGGAWA | LORONG PASAR KOTA JEMBAL | SK KOTA JEMBAL | SK RAJA BAHAR | SMK RAJA SAKTI | RAJA LOYOR | PEJABAT PENGGAWA DAERAH SERING
Tiada ulasan:
Catat Ulasan