Lat menandatangani lukisan kartun sambil diperhatikan Mohd Amar (kanan) dan Pak Roserm (kiri) pada majlis pelancaran Balai Kartun, semalam. |
KOTA BHARU: Usia Rosidi Semail ataupun lebih dikenali sebagai Pak
Roserm mencecah 64 tahun, namun angka itu tidak menghalang beliau terus
aktif dan bersemangat dalam bidang lukisan kartun.
Terbaru, anak kelahiran Peringat itu ini melakar sejarah peribadi apabila berjaya menyiapkan sebuah Balai Kartun yang dikatakan pertama diwujudkan dalam negara.
Pak Roserm berkata, tujuan utama pembinaan Balai Kartun tersebut untuk mengenang kembali kembali lukisan-lukisan sepanjang pembabitan beliau dalam industri lebih 40 tahun.
“Selain itu, ia juga ia membawa satu kenangan bersama sejak era 50-an lagi kepada penggiat industri ini yang sebahagiannya telah pun meninggal dunia, ia tidak besar tetapi ia cukup berharga,” katanya ketika ditemui selepas Pelancaran Balai Kartun itu oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Peringat, semalam.
Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk Md Anizam Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Dr Ramli Mamat.
Hadir sama individu yang mengilhamkan penghasilan karya Kampung Boy, Datuk Mohamad Nor Khalid ataupun lebih dikenali Datuk Lat.
Antara karya-karya yang dihasilkan Pak Roserm adalah termasuk Konstabel Jabit dan Pak Din Pencen yang tersiar di akhbar Utusan Malaysia dari tahun 1978.
Mohd Amar dalam ucapannya menyambut baik usaha pembinaan Balai Kartun itu sekali gus meningkatkan martabat seniman.
Menurutnya, Islam tidak pernah menghalang kesenian termasuk bidang lukisan kartun, asalkan ia menyumbang kebaikan kepada masyarakat selain tidak ada elemen yang menyalahi agama.
“Saya juga peminat tegar kartun sejak sekolah lagi, kartun ini adalah instrumen memudahkan kita memahami maksud yang ingin disampaikan sama ada terbuka atau tersirat.
"Oleh itu, saya harap seniman dapat mengatasi politik sekali gus menjadi pengkritik sosial kepada masyarakat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 22 April 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan