Muhammad Mosa Khan |
MENGEJUTKAN apabila seorang kanak-kanak berusia sembilan bulan dihadapkan ke mahkamah di Pakistan kerana dituduh melakukan pembunuhan.
Biarpun ia dilihat sangat pelik dan perkara jenaka tetapi kejadian itu benar-benar berlaku di Lahore. Kanak-kanak yang masih membawa botol susunya ke mana-mana sahaja itu
juga dituduh melakukan pembunuhan terancang dan mengancam polis ketika
pihak berkuasa melakukan operasi menghalang demonstrasi.
Muhammad Mosa Khan yang dibawa bapanya ke mahkamah bersama botol susu
kelihatan tenang sebelum menangis apabila datuknya menurunkan
tandatangan untuk perbicaraan kes.
Muhammad dituduh membaling batu ke arah seorang anggota polis
sehingga mati dalam satu demonstrasi di kawasan perumahan yang
didiaminya baru-baru ini.
Bagaimanapun datuknya mempertikai tuduhan itu dengan mendakwa
mustahil bagi cucunya untuk membaling sebiji batu sehingga menyebabkan
kematian seorang lelaki dewasa.
"Cucu saya masih tidak pandai mengangkat botol susu, bagaimana pula
dia dapat membaling sebiji batu sehingga mengorbankan seorang anggota
polis," jelasnya.
Berita ini kemudiannya turut menjadi cerita jenaka di India dan
negara lain apabila kanak-kanak itu dituduh melakukan pembunuhan
terancang.
Sumber: mStar Online | 8 April 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan