Jambatan merentangi sebatang sungaidi jalan Alor Pasir - Tok Bali belum siap sepenuhnya. |
TOK BALI: Penduduk meminta kerajaan memandang serius projek jalan
‘sakit’ yang menghubungkan Alor Pasir di bandar Pasir Puteh dan Tok Bali
yang belum siap sejak 12 tahun dilaksanakan.
Ketiadaan jalan sempurna menyebabkan pembangunan Tok Bali sebagai bandar baharu terbantut dan dalam masa sama menyebabkan syarikat pelabur tidak berani melaksanakan projek di kawasan tersebut.
Aktivis masyarakat, Fauzwi Ismail berkata, masalah jalan sedia ada dari Kampung Tebing Tinggi ke Tok Bali mengalami kerosakan serius akibat aktiviti pemunggahan bijih besi masih tiada penyelesaian.
Katanya, penduduk mengharapkan jalan baharu disiapkan segera kerana ia menjadi laluan penting serta menjimatkan masa penduduk Tok Bali ke bandar Pasir Puteh.
“Kita dapat lihat bagaimana tanah lot dan tanah komersil tidak dapat dibangunkan kerana faktor ketiadaan kemudahan jalan yang baik. Perkembangan ini amat mengecewakan.
“Sekiranya pembangunan jalan baharu konsisten, ia mungkin hanya mengambil masa setahun untuk disiapkan tapi malangnya sehingga kini ia tidak menjadi kenyataan," katanya.
Penduduk, Mohd Amar Abdul Razak, 59 berkata, kebelakangan ini kelihatan pekerja melaksanakan tugas di tapak projek jalan tersebut dan dia berharap pembinaannya tidak lagi terhenti.
“Kami sebagai penduduk tidak mengetahui punca sebenar projek jalan ini bermasalah. Apa yang kami tahu, ia sudah beberapa kali dihentikan. Jambatan yang dibina merentangi sungai buatan di Gong Kulim juga belum siap.
"Kami tunggu dari setahun ke setahun untuk melihat jalan ini siap dan boleh digunakan kerana dengan adanya jalan ini, ia bukan sahaja mempercepatkan pembangunan Tok Bali, malah memberi keselesaan kepada penduduk," katanya.
Menurutnya, Tok Bali memerlukan infrastruktur yang baik untuk berkembang maju sebagai bandar baharu atau kawasan industri perikanan.
Katanya, penduduk menyambut baik hasrat kerajaan membangunkan Tok Bali kerana ia memberi banyak manfaat, namun malangnya projek jalan baharu bermasalah menyebabkan perancangan pembangunan kawasan itu semakin kabur.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 25 April 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan