Permainan gasing melalui perubahan sehingga menjadi lebih menarik dan menuntut kemahiran tinggi pemain. |
PASIR PUTEH: Permainan gasing diaktifkan masyarakat Kelantan sejak
sebelum merdeka lagi melalui perubahan secara perlahan sehingga ia kini
menjadi semakin menarik, dikenali sebagai gasing terbang.
Gasing terbang juga bukan sekadar dimainkan dalam pertandingan, malah ia kini menjadi permainan yang dianggap unik dan elemen penting menarik kedatangan pelancong.
Penggiat gasing, Mohd Nor Mohamed Hussein, 57, berkata, pemain gasing turut dijemput mengadakan pertunjukan di luar negara bagi memberi gambaran mengenai kekayaan kebudayaan dan kesenian negara ini kepada dunia luar.
“Permainan gasing asal dulu dianggap menarik, lebih-lebih lagi dengan gasing terbang pada hari ini yang menyerlahkan kemahiran tinggi penyokok dan pemusing.
“Gasing yang dilontarkan terpelanting dari bong atau gelanggang, ketika itu penyokok mesti tangkas ‘menangkapnya’ dengan menggunakan kayu penyokok selebar satu inci.
“Gasing kemudiannya diletakkan di atas lopak dan ia boleh berpusing sehingga dua jam hingga dua jam setengah, bergantung kepada kekuatan pemusing dan kemahiran penyokok,” katanya.
Katanya, penyediaan gelanggang gasing terbesar di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Kelantan untuk pertunjukan pada hujung minggu merupakan berita gembira kepada penggiat permainan itu.
“Walaupun permainan ini sudah banyak berubah berbanding dahulu, asasnya masih kekal seperti gasing yang berpusing paling lama dinobatkan sebagai pemenang.
“Keupayaan gasing berpusing lama juga disebabkan beberapa faktor lain, selain kekuatan tenaga pemusing iaitu kaedah pembuatan dan material yang digunakan untuk membuat gasing juga membantu,’ katanya.
Beliau berkata, gasing yang dihasilkan mesti menepati keperluan pemusing terutamanya berat dan kegagalan memenuhi keperluan tersebut katanya, akan menjadikan gasing tidak mampu berpusing lama.
Sebagai individu yang mengikuti perkembangan permainan tradisi itu, beliau merasakan ia adalah permainan paling unik di Kelantan yang masih kekal dimainkan secara tradisional, di mana Kelantan menentang musuh tradisi Terengganu.
“Pasukan kalah akan ‘melanggar’ atau bertandang ke gelanggang lawan, pasukan kalah untuk tempoh panjang akan membayar ‘ufti’ kepada pihak lawan dan selagi tidak kalah, pasukan itu akan kekal sebagai tuan rumah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 22 April 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan