Abdul Fattah menyampaikan insentif Gerbang Az-Ziwaj kepada seorang penerima pada majlis penyampaian di Tanah Merah, semalam. |
TANAH MERAH: Kerajaan negeri berhasrat menjadikan penetapan harga wang
hantaran kahwin tidak melebihi RM1,000 sebagai budaya rakyat negeri ini
menerusi pelaksanaan skim bantuan perkahwinan, Gerbang Az-Ziwaj.
Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, harapan tersebut selaras dengan hasrat kerajaan negeri supaya RM1,000 yang diberikan di bawah skim itu dijadikan wang hantaran apabila meluluskan insentif berkenaan pada 2011.
“Kita masih meneruskan pemberian RM1,000 kepada pengantin yang pertama kali berkahwin dan berharap bantuan ini digunakan sebaik mungkin termasuk sebagai wang hantaran.
“Hasrat kerajaan negeri untuk membudayakan wang hantaran tidak melebihi RM1,000 terutama dalam keadaan trend semasa apabila wang hantaran mencecah ribuan ringgit sehingga membebankan bakal pengantin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan skim Gerbang Az-Ziwaj kali kedua tahun ini kepada seramai 10 penerima di pekarangan Pejabat Dun Bukit Panau, semalam.
Insentif Gerbang Az-Ziwaj bagi membantu rakyat miskin berkahwin kali pertama ke arah mengurangkan gejala sosial seperti khalwat itu diluluskan kerajaan negeri pada pembentangan Bajet 2011.
Pada majlis sama, Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan turut menyampaikan pampasan Takaful Kifalah kepada seramai 58 penerima.
Menurut Abdul Fattah, seperti saranan bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menetapkan RM1,000 sudah cukup sebagai wang hantaran, beliau berharap budaya itu dapat dikembangkan.
“Sekarang ini, RM1,000 sebagai wang hantaran masih belum jadi satu budaya, namun kita berdoa supaya suatu hari nanti, masyarakat terutama remaja dan belia dapat menerima kaedah atau budaya ini,” katanya.
Mengulas pampasan Takaful Kifalah, Abdul Fattah memaklumkan, bayaran itu diharap dapat mengurangkan beban waris peserta skim yang meninggal dunia untuk meneruskan kehidupan.
“Kita masih teruskan pemberian RM1,500 kepada waris peserta skim sejak diperkenalkan pada 2007 hingga sekarang sebagai salah satu usaha kerajaan negeri untuk meraikan golongan warga emas.
“Selain meringankan beban, bantuan juga diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada penerima atas kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga,” katanya.
Skim perlindungan insurans diperkenalkan pada 2007 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas itu melayakkan peserta yang meninggal dunia menerima pampasan sebanyak RM1,500 termasuk RM500 pada hari kematian.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 23 April 2014
macam mana kalau nak mohon ni.. ape syarat2 nye
BalasPadam