Sekumpulan kanak-kanak Bajau Laut menunjukkan kerang dan kulit siput untuk dijual kepada para pelancong yang berkunjung ke Pulau Mabul Semporna. -Gambar hiasan |
KOTA KINABALU: Seorang warga China berusia 29 tahun dan seorang pekerja resort dari Filipina diculik dari sebuah resort dekat Semporna.
Wanita dari Shanghai yang dikenal pasti sebagai Gao Hua Yun dan pekerja
resort warga Filipina berusia 40 tahun itu telah diculik oleh seramai
enam lelaki bersenjata yang tidak dikenali kira-kira pukul 10.30 malam
Rabu dari resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum,
Semporna.
Pasukan keselamatan Malaysia telah diletakkan dalam keadaan
berjaga-jaga sepenuhnya di sepanjang sempadan laut, selatan Filipina. Polis Sabah masih belum membuat kenyataan rasmi mengenai kejadian itu.
Walaubagaimanapun, pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek telah mengesahkan penculikan itu. Maklumat kejadian masih tidak lengkap.
Difahamkan pelancong berkenaan sedang mandi di dalam biliknya apabila kumpulan lelaki bersenjata memaksanya keluar dan menaiki bot mereka.
Masih tidak dapat dipastikan di mana perkerja resort itu berada ketika dia diculik. Terdapat kira-kira 61 pelancong dari China di resort itu pada masa kejadian.
Salah satu pelancong di resort itu yang merupakan seorang wartawan akhbar dari China melaporkan bahawa ramai pelancong di resort itu berada di bilik mereka ketika kejadian.
Pelancong-pelancong hanya mengetahui perkara itu apabila pihak pengurusan mengarahkan semua tetamu keluar dari bilik mereka selepas polis tiba minit beberapa minit selepas lelaki bersenjata melarikan diri dengan tawanan mereka.
Sumber: mStar Online | 3 April 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan