Fadillah (dua, kiri) beramah mesra dengan pengguna lebuh raya sewaktu merasmikan pembukaan jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 dari persimpangan Bukit Besi ke Persimpangan Paka pada Januari lepas. |
DUNGUN: Tempoh perjalanan antara beberapa lokasi di daerah ini dapat
dipendekkan apabila Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Bukit Besi - Paka
sejauh 35 kilometer mula dibuka, semalam.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, lebuh raya sejauh 184 kilometer melibatkan kos keseluruhan RM4.25 bilion itu dijangka siap sepenuhnya September depan.
Menurutnya, LPT2 merupakan projek pembangunan mega di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 untuk Terengganu dan dengan siapnya projek berkenaan ia dapat memendekkan perjalanan selain memberi lebih keselesaan kepada pengguna jalan raya.
“Kerajaan Terengganu memohon projek itu disiapkan sebelum Aidilfitri ini, namun kita akan berusaha agar permintaan tersebut dapat ditunaikan.
“Kira-kira 80 kilometer lagi LPT2 yang masih belum disiapkan di mana kerja-kerja pembinaan kini mencapai 70 peratus,” katanya selepas merasmikan LPT2 jajaran Bukit Besi - Persimpangan Paka melibatkan peruntukan RM514 juta, petang semalam.
Fadilah berkata, antara pakej yang masih belum disiapkan termasuk pakej satu hingga empat selain pakej tujuh, terutama melibatkan kawasan selatan Terengganu yang kini sedang dalam pembinaan.
Beliau yang turut melawat beberapa kawasan dilanda banjir berkata, hasil laporan awal, pihaknya kini menyediakan peruntukan RM11 juta untuk membaik pulih jalan rosak, cerun serta jambatan di Terengganu.
“Kita masih memperincikan aspek teknikal bagi menentukan berapakah kos sebenar diperlukan untuk baik pulih jalan, jambatan dan cerun yang terjejas akibat banjir,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Nasional | 26 Januari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan