KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) meminta orang ramai di negeri
ini melaporkan kepada pihaknya berhubung penipuan sekumpulan individu
yang memeluk agama Islam hanya untuk meraih sumbangan wang ringgit.
Pesuruhjayanya Datuk Mohd Rozali Saleh berkata jabatannya telah memberi peringatan kepada semua masjid dan surau untuk mengambil tindakan jika didatangi kumpulan seperti itu.
Katanya walaupun kejadian seumpama ini tidak berlaku di Terengganu namun pihaknya memandang serius penipuan berkenaan yang dilaporkan berlaku di beberapa negeri lain baru-baru ini.
"Setakat ini, di Terengganu kita tidak menerima aduan mahupun laporan namun kita tidak akan berkrompromi jika mengesan kes seperti ini.
"Kita telah mengingatkan dan menghebahkan perkara ini di semua masjid agar tidak tertipu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum ini beberapa negeri lain telah mengesan penipuan ini yang dilakukan satu keluarga yang dipercayai diketuai seorang wanita.
Keluarga berkenaan akan melafazkan kalimah syahadah berkali-kali dengan tujuan mendapatkan simpati, bantuan kewangan dan sumbangan orang ramai terutamanya masyarakat Islam setempat.
Sumber: Bernama | 1 April 2014

Tiada ulasan:
Catat Ulasan