Dr. Ghazali Hasni (kiri) menunjukkan surat yang didakwa mengaitkan HRPZ II dalam program terbabit. |
KOTA BHARU: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) menafikan
penglibatannya dalam satu program amal bagi membantu pesakit kanser
anjuran sebuah organisasi yang kini giat mengedarkan surat permohonan
sumbangan.
Atas rasa tanggungjawab bagi mengelak orang ramai tertipu dengan pihak terbabit, pihak HPRZ II diwakili pengarahnya, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan membuat laporan polis pada jam 11 pagi semalam bersama Pegawai Perhubungan Awam hospital berkenaan, Zaid Ahmad.
Dr. Ghazali Hasni berkata, pihaknya tidak terlibat dalam program yang dinamakan Larian Amal dan Makan Malam Cegah Kanser yang dijadualkan pada 7 Jun ini.
Beliau berkata, pihaknya sama sekali tidak tidak mengetahui kewujudan program tersebut sebagaimana yang diwar-warkan kepada umum.
“Kami amat terkejut apabila dihubungi oleh sebuah syarikat menjual barangan elektrik mengenai sumbangan yang diminta dan bertanyakan kesahihan program tersebut.
“Sedangkan kami baru sahaja mengadakan program berkaitan kanser iaitu dengan kerjasama Persatuan Orang Kota Bharu (OKB) 23 Mac lepas,” katanya ketika ditemui semalam.
Beliau berkata, dalam surat permohonan tersebut tercatat juga nama Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian malah alamat operasi tersebut juga beralamat di USM di atas nama sebuah persatuan.
Dr. Ghazali Hasni memberitahu, pegawainya cuba menghubungi pihak USM bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara tersebut namun masih belum mendapat maklum balas dan mereka masih menyiasat.
Menurutnya, kandungan surat permohonan tersebut tertera lambang Kementerian Kesihatan dan juga HRPZ II serta tujuan program tersebut (Larian Amal dan Makan Malam Cegah Kanser) adalah bagi mengutip dana Tabung Jabatan Perubatan Nuklear HUSM dan juga Tabung Kebajikan Kanser HRPZ II.
“Tidak ada masalah jika mereka hendak mengadakan program tersebut tetapi tak perlulah nyatakan nama kami sekali terlibat.
“Sekiranya ada apa-apa berlaku, mereka yang membeli meja (makan malam) akan salahkan kami sedangkan kami tidak tahu menahu pun,” katanya yang memberitahu khabarnya harga bagi satu meja makan malam tersebut bernilai RM10,000.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 1 April 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan