KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) yakin 
pembinaan dua empangan rendah di Rumah Pam Kemubu, Kota Bharu dan Kasar,
 Pasir Mas yang dirangka menyelesaikan masalah padi kontang yang 
membebani petani selama ini.
Pengurus Besar Kada, Ibrahim Mat berkata, Kada memandang serius 
masalah ketiadaan air di kawasan sawah kerana boleh menjejaskan hasil 
pengeluaran padi dan juga pendapatan petani.
Menurut beliau, masalah tersebut menyebabkan pesawah di negeri ini 
mengalami kerugian hampir mencecah RM100 juta pada musim menuai.
"Sejak dua tahun kebelakangan ini, kekurangan air telah menyebabkan padi menjadi kering dan membawa kerugian kepada petani.
"Pembinaan dua empangan rendah yang dijangka siap selewat-lewatnya 
Mei nanti diharap dapat menyelesaikan masalah tersebut, seterusnya 
meningkatkan hasil pengeluaran padi," katanya demikian dalam Majlis 
Serah Tugas Pengurus Besar Kada kepada Mohd. Rais Mohd. Ariffin di 
Pejabat Kada di sini semalam.
Beliau yang bersara wajib telah berkhidmat selama 37 tahun dengan Kada dari tahun 1977 hingga 2014. Sementara itu, Mohd. Rais berkata, beliau akan meneruskan legasi terdahulu untuk meningkatkan taraf hidup petani di negeri ini.
Pada masa sama, beliau  berhasrat untuk mendedah dan memperluas penggunaan teknologi pertanian dalam kalangan petani.
Tambahnya, langkah tersebut dilihat mampu meningkatkan produktiviti, seterusnya menaikkan pendapatan pesawah di negeri Kelantan.
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 19 April 2014 | Terbitan 20 April 2014 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan