KOTA BHARU: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan mewujudkan tiga lagi pusat rawatan khas bagi penagihan dadah jenis amphetamine khususnya pil kuda di negara ini.
Pengarah Rawatan Pemulihan AADK Wan Adnan Wan Mohd Nor berkata setakat ini, hanya sebuah sahaja pusat berkenaan ada di negara ini iaitu di Tampoi, Johor.
"Tiga lagi pusat rawatan yang bakal dibuka adalah di Kota Bharu, Kelantan; Papar, Sabah dan Kuching, Sarawak bagi mengatasi masalah penagihan dadah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perangi Dadah Habis-Habisan dan Perangi Pil Kuda, di sini hari ini.
Wan Adnan berkata dadah jenis itu amat merbahaya kerana cepat bertindak balas sehingga boleh menyebabkan penagihnya bertindak agresif dan membahayakan diri sendiri dan orang lain.
"Di Kelantan, sejak dua tahun kebelakangan ini, kita dapati 90 peratus penagihan dadah adalah daripada jenis pil kuda," katanya.
Beliau berkata kemungkinan harganya yang rendah iaitu antara RM8 dan RM10 sebiji, menjadikannya antara dadah popular di negeri ini.
Kemungkinan keuntungan besar yang diperoleh hasil penjualan pil kuda juga mendorong kepada penyeludupan dadah tersebut ke negeri ini, katanya.
Wan Adnan juga berkata dianggarkan terdapat 11,561 penagih pil kuda serta 4,071 Orang Kena Pengawasan di negeri ini dengan angka paling ramai di daerah Kota Bharu dan Pasir Mas.
Beliau berkata AADK sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti polis, bagi memerangi dadah habis-habisan.
Sumber: Bernama | 6 Sept. 2016

Tiada ulasan:
Catat Ulasan