Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 6 September 2016

Polis Kelantan berjaya selesai kes bunuh seorang lelaki di negara jiran

KOTA BHARU: Suspek kes bunuh seorang lelaki warga tempatan yang mayatnya ditemui dalam sebuah bot di pangkalan haram Pisau Raut, Tumpat, Sabtu lepas, telah ditahan hasil kerjasama polis Kelantan dan pihak berkuasa Thailand.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata lelaki warga Thailand berusia 20-an terbabit ditahan di negara jiran itu pada 3 petang semalam (Ahad), hasil risikan dan siasatan bersama.

"Soal siasat dilakukan ke atas suspek, dia mengaku melakukan pembunuhan tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini, hari ini.

Ab Rahman berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak berkuasa Thailand bagi tindakan selanjutnya berhubung kes berkenaan memandangkan tangkapan suspek dilakukan di negara jiran.

Semalam, media melaporkan mayat seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun, dipercayai dibunuh di negara jiran, ditemui dalam sebuah bot di pangkalan haram Pisau Raut, Tumpat, pada 11 malam Sabtu.

Sementara itu, Ab Rahman berkata pihaknya berjaya menyelesaikan dua kes jenayah melibatkan senjata api dan samun.

"Pada 31 Ogos lepas, polis menahan seorang lelaki bersama sepucuk pistol angin dan dua bilah pisau di Kampung Hutan Buluh, Melor di sini yang disyaki mempunyai niat untuk melakukan jenayah," katanya.

Beliau berkata pada 3 Sept lalu, pihaknya menahan seorang suspek lelaki berusia 26 tahun yang disyaki menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Banggol Telaga Gajah di sini.

Katanya kedua-dua suspek, masing-masing direman selama lima hari mulai dari tarikh mereka ditangkap, untuk siasatan lanjut.

Sumber
: Bernama | 5 Sept. 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan