KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menafikan sebuah sekolah di Pasir Mas menyediakan makanan Rancangan Makanan Tambahan yang tidak bernutrisi kepada murid seperti yang diviralkan beberapa hari lepas.
Pengarahnya Datuk Ab Aziz Abdullah berkata pihak JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas telah pergi ke sekolah berkenaan dan mendapati pihak kantin menyediakan menu seperti yang telah ditetapkan.
"Daripada siasatan yang dilakukan, dakwaan tersebut adalah tidak benar. Pada hari tersebut, pihak kantin menyediakan menu nasi goreng cina dan air Milo.
"Sosej dan sayur hanya berupa tambahan kerana nasi goreng tersebut sudah mengandungi ayam dan sayur," katanya kepada Bernama.
Perkara yang diviralkan itu mendakwa murid sekolah berkenaan tidak berselera untuk makan kerana menu yang dihidangkan hanya berupa sekerat sosej dan sehelai sayur.
Ab Aziz berkata pihak JPN akan menyiasat perkara itu termasuk dalam kalangan para guru sendiri.
Sumber: Bernama | 6 Sept. 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan