Mohd. Fared Abdul Ghani (tengah) bersama wakil NGO berhimpun secara aman menuntut
kerajaan negeri merombak pengurusan AKSB di hadapan Kompleks Kota Darulnaim,
Kota Bharu, Kelantan, semalam.
|
KOTA BHARU: Badan Bertindak Restorasi Air Kelantan (Restorasi) menuntut Kerajaan Pas Kelantan merombak serta melakukan penyusunan semula dalam pengurusan syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang dilihat gagal berfungsi sehingga menyebabkan masalah bekalan air bersih berlarutan.
Serentak dengan itu, gabungan yang dianggotai 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama lebih 300 anggotanya hari ini berkumpul secara aman di hadapan Kompleks Kota Darulnaim bagi menyerahkan memorandum mengenai tuntutan itu kepada kerajaan negeri.
Tuntutan tersebut bertujuan ingin melihat syarikat milik kerajaan negeri itu dapat ditransformasikan segera sebelum perjanjian Penstrukturan Semula Bekalan Air Negeri (Migrasi Air) antara Kerajaan Pas Kelantan dengan Pusat bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri ini dimeterai.
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) negeri, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani yang mengetuai Restorasi berkata, penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri ini dilihat tidak akan berjaya sekiranya pengurusan AKSB dikekalkan.
“Penyusunan semula pengurusan AKSB adalah bagi memastikan Migrasi Air ini berkesan dan membawa perubahan kepada mutu bekalan air bersih serta kawasan liputannya di negeri ini kerana rakyat Kelantan sudah lama menderita.
“Ini adalah peluang terbaik untuk memastikan bekalan air bersih ini dapat dinikmati dengan sempurna oleh rakyat, namun jika AKSB masih mengekalkan pengurusan yang sama, kita bimbang hasrat tersebut tidak akan menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Roslan Wan Hamat di sini hari ini.
Tiga perkara utama dalam memorandum tersebut ialah mendesak kerajaan negeri mengadakan audit menyeluruh ke atas semua projek AKSB seperti projek air tidak berhasil (NRW), telaga jejari dan penukaran smart meter oleh juruaudit bebas.
Kedua, Restorasi juga mendesak supaya satu Jawatankuasa Bebas ditubuhkan bagi memantau perjalanan pengurusan AKSB dan terakhir menuntut penstrukturan semula pentadbiran AKSB dilakukan bagi memastikan tadbir urus syarikat itu lebih cekap dan efisien.
Mengulas lanjut, Mohd. Fared berkata, selepas Migrasi Air dimeterai Kerajaan Pusat akan membiayai projek sumber air secara percuma menerusi geran Persekutuan.
Katanya, manakala Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan pula akan menyediakan modal untuk AKSB melaksanakan dan menumpukan sepenuh operasi untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada rakyat.
“Menerusi perjanjian ini, AKSB masih kekal sebagai operator bekalan air di Kelantan dan bererti penduduk negeri ini masih terpaksa berurusan dengan AKSB untuk mendapatkan bekalan air bersih. Kita mahu mengelak perkara ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Institusi Modenisasi Pemikiran Anak Kelantan (Impak), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, rombakan pengurusan AKSB secara rasionalnya perlu dilakukan ekoran pelbagai kegagalan dihadapi syarikat itu.

Sumber: Utusan Malaysia | Nasional | 6 Sept. 2016 | Terbitan 7 Sept. 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan