Pasar Terapung Kampung Pulau Suri yang kini mula beroperasi setiap hari Sabtu dari jam 8 pagi sehingga tengah hari. |
TUMPAT: Anda kini boleh membeli pelbagai jenis makanan dan kuih tradisional Kelantan daripada peniaga di atas sampan yang berlabuh di tebing sungai menerusi pasar terapung di Kampung Pulau Suri di sini.
Disebut-sebut sebagai pasar terapung pertama di Malaysia, ia kini mula beroperasi setiap Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga tengah hari.
Pengarah Perlancongan Kelantan, Hafiz Hazin berkata konsep pasar terapung itu merupakan inisiatif terbaharu untuk membantu meningkatkan pendapatan penduduk kampung.
"Sebagai permulaan akan ada 10 bot menjual pelbagai produk yang diterajui oleh wanita dari kampung.
"Jumlah bot akan ditambah jika kehadiran pengunjung menggalakkan," katanya pada majlis pelancaran pasar terapung itu baru-baru ini.
Pasar terapung itu telah dilancarkan oleh Tengku Laksamana Kelantan, Datuk Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
Pelawat yang datang ke pasar ini boleh membeli dan mencuba hidangan Kelantan seperti lokan kelapa, kerabu nipah, nasi tumpang dan lain-lain.
Ia diinspirasikan daripada pasar terapung terkenal di Thailand.
Bayaran bot untuk ke pasar terapung itu dikenakan sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
Sumber: mStar Online | 21 Sept. 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan