Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 3 September 2016

Kerajaan Kelantan perlu berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan tingkat pendapatan rakyat

MACHANG: Kerajaan Kelantan perlu berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan pendapatan rakyat yang kini paling rendah berbanding negeri lain.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata kerajaan Kelantan perlu bertanggungjawab dan tidak meletakkan kegagalan meningkatkan pendapatan rakyat hanya kepada Kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan Persekutuan sukar membangunkan Kelantan jika tidak mendapat kerjasama penuh daripada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan kajian Institut Penyelidikan Khazanah yang disiarkan media Isnin lepas, menunjukkan 84.8 peratus isi rumah di Kelantan mempunyai pendapatan bulanan di bawah paras pendapatan purata isi rumah di Malaysia RM6,000 sekali gus meletakkan negeri itu mempunyai tahap pendapatan paling rendah berbanding negeri lain.

Ahmad Jazlan berkata kerajaan negeri pimpinan PAS tidak boleh menafikan banyak projek pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan di negeri ini adalah sumbangan Kerajaan Persekutuan walaupun terpaksa menghadapi kekangan terutama untuk mendapatkan tanah bagi sesuatu projek.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata projek pembangunan yang dilaksanakan itu menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat.

Sumber: Bernama | 2 Sept. 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan