Salah seekor gajah liar yang ditangkap oleh kakitangan Perhilitan di Jeli, Kelantan. |
JELI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap dua daripada enam gajah liar yang memusnahkan tanaman penduduk Kampung Lawar di sini, pada 31 Ogos lepas.
Pengarahnya Mohamad Khairi Ahmad berkata dua gajah betina itu, masing-masing berusia 15 dan 30 tahun serta seberat satu dan dua tan itu ditangkap menggunakan kaedah tembakan pelalian.
"Pada 31 Ogos lepas, pihak kami menerima aduan daripada penduduk yang mendakwa telah terserempak dengan kumpulan gajah berkenaan ketika sedang memungut durian di kebunnya. Perhilitan Kelantan kemudiannya menghantar lapan anggota ke kampung tersebut untuk membuat pemantauan dan membuat tangkapan pada hari sama kejadian tersebut dilaporkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohamad Khairi berkata pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan bagi menjejaki baki empat lagi gajah yang dipercayai masih berkeliaran di kawasan perkampungan itu.
Beliau berkata buat sementara waktu, dua ekor gajah yang ditangkap itu masih ditempatkan di Kampung Lawar sementara menunggu kebenaran memindahkan mamalia itu ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang.
Sementara itu pemilik kebun Abdul Mutalib Abdul Rahman, 69, berkata beliau membuat laporan kepada Perhilitan selepas terserempak dengan kumpulan gajah tersebut di dalam kebunnya.
Abdul Mutalib berkata ketika kejadian, beliau sedang mencari durian yang luruh bersama anak lelakinya yang berusia 22 tahun.
"Saya pergi ke kebun setiap hari, tapi pagi itu, setelah 20 minit berada di kebun, saya terdengar bunyi seakan-akan letupan kira-kira 300 meter dari tempat saya berdiri.
"Saya kemudiannya meninjau tempat letupan tersebut dan terkejut apabila melihat sekumpulan gajah sedang mematahkan rumpun buluh di kawasan tersebut. Saya kemudiannya bertindak membuat laporan kepada Perhilitan kerana bimbang dengan keselamatan," katanya.
Sumber: Bernama | 7 Sept. 2016

Tiada ulasan:
Catat Ulasan